Idea hebat, perniagaan hebat

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Sedar tak sedar, sudah satu minggu telah kita lalui bulan Ogos ini. Sekejap betul masa berlalu, pejam celik kita sudah menghampiri akhir tahun 2007 pula.

Pernahkah di kalangan kita pernah merasa seolah-olah idea kita ditiru, atau dicuri oleh orang lain?

Pada suatu ketika kita rasa idea itulah yang terhebat pernah kita fikirkan, yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain, mempunyai nilai yang istimewa, unik dan canggih dan pastinya berbeza dari idea dan pemikiran biasa.Apatah lagi idea kita tu idea yang melibatkan sesuatu perniagaan, atau idea yang kita rasa boleh menghasilkan wang yang banyak!

Kita rasa dengan idea kita tadi sungguh hebat dan disebabkan takut idea dicuri orang, kita cenderung untuk menyimpan sahaja idea itu. Akhirnya idea hanya tinggal idea…

Sebenarnya idea hanya satu cetusan rasa yang TIDAK AKAN mengubah apa-apa sekiranya idea tersebut tadi tidak digilap, diperkembangkan dan yang paling penting DILAKSANAKAN! Banyak idea-idea yang hebat, terhenti di pertengahan jalan akibat tidak digilar dan dikembangkan pada awalnya dan tentunya banyak idea yang HANYA hebat di minda kerana kegagalan untuk melakukannya DENGAN BETUL.

Jangan takut sekiranya idea anda diciplak orang. Sekiranya anda benar-benar rasakan idea anda bernas, kembangkan idea tersebut. Bila kita bercerita tentang idea kita (idea hebat selalunya digelakkan oleh orang sahaja) kepada orang lain, mereka akan memberi pendapat. Pendapat inilah sebenarnya yang berguna untuk memperhebatkan idea kita. Bila kita rasa idea kita mudah diciplak orang, kita akan terus berfikir dengan kreatif, dan akhirnya idea kita akan terus berkembang, berkembang dan berkembang!

Jangan takut untuk memberi idea! Jangan kedekut! Idea yang hebat hanya akan menghasilkan perniagaan yang hebat sekiranya orang yang memberikan idea tadi tidak henti-henti mengembangkan idea tersebut. Idea yang telah dikembangkan memberikan si pemikir gambaran yang lebih jelas bagaimana melaksanakan sesuatu dengan betul.

Walau pun begitu, kita lihat dari aspek yang positif pula. Sekiranya saya mempunyai satu idea untuk menghasilkan kereta yang boleh terbang, tentunya idea saya tadi tidak lebih dari angan-angan (kerana saya bukan orang yang terlibat dalam industri kereta). Tetapi sekiranya idea saya tadi saya ceritakan kpd syarikat pengeluar kereta, ia mungkin boleh dilakukan! Mana kita tahu kan ?

Menjana idea sebenarnya elok untuk minda kerana sedar atau tidak, itulah sebenarnya kegunaan sebenar otak kita iaitu menghasilkan idea-idea baru yang bernas. Orang kata, otak yang selalu digunakan melambatkan proses penuaan yang juga memberi ‘hembusan’ kehidupan di dalam diri seseorang. Jangan hentikan minda anda untuk berfikir secara terhad. ‘Lepaskan’ ia.Kadang kala idea kita yang akan mengubah dunia. Bukankah itu suatu amal yang mulia ?

p/s : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS akan diadakan pada Sabtu 18 Ogos 2007. Kepada yang belum menyertai, inilah peluang anda untuk sertai kerana ini adalah seminar hanya akan diadakan semula pada bulan November! Daftarlah segera, kerana tempat adalah terhad! Klik disini.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply