You are currently viewing Video Kembara : Meon Crashed!

Video Kembara : Meon Crashed!

2017 bagi aku berakhir dengan nota masam. Meon, drone agung aku ditimpa kecelakaan.

Salah aku. Terbang rendah, tidak nampak ranting. Propeller Meon tersangkut, berputar. Aku matikan motor, Meon lemah dan perlahan menjunam jatuh ke dasar sungai.

Macam mana pun, aku kena selamatkan bangkai Meon. Tiada pilihan lain, buka kasut stokin dan masuk dalam sungai.

Aku terjun. Arus deras, sukar juga aku melawan. Dengan sedikit kemahiran renang, Meon aku temui di dasar. Ini perenggan dramatik aku tambah, cerita industan.

Sejuk? Kau rasa? Kau tengok sahaja snow dan ais masih ada di tebing. Sejuk air sungai rasa sampai ke tulang.

£1200 harga aku sunting Meon. Sakit dada aku woi tengok dia accident. Lebih sakit dari kebas kaki.

Masih menyala Meon masa aku angkat dari sungai. Basah. Aku tidak mengharap Meon kembali.

Aku balik. Keluarkan memory card. Eh! Masih okay. Cuma Meon sudah 3 hari ‘pejam’ tidak menyala.

Video saat terakhir Meon sebelum accident aku post di link komen pertama. The Final Flight. Terima kasih Puan Syumaimah atas video heroik itu.. Hehe.

Begitulah. Aku dengan Meon berjodoh tidak lama. Sudah takdir kami berpisah begini.

Syukur ada insurans. Meon pergi, aku harap Maisarah pula ganti. Eh!

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Terima kasih Meon
Glencoe, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply