Roda motivasi sentiasa berputar

Bagi saya usahawan nie boleh diistilahkan sebagai orang yang kebal, tahan dengan dugaan dan kalau boleh saya quotekan dengan istilah ‘survivor‘. Mereka adalah golongan yang sanggup mengharungi apa jua rintangan dan cabaran, mencuba sesuatu walau belum pasti tahap risiko yang mereka bakal hadapi. Bagi saya usahawan adalah mereka yang betul2 cekal, mempunyai fizikal @ mental yang kuat demi untuk mencapai apa yang mereka idamkan…

Saya percaya saban hari pasti ada usahawan baru yang muncul .. Malaysia memang tidak ketandusan mereka yang ingin menjadi usahawan. Ayat2 seperti ” Aku dah tak larat makan gaji, gaji ciput je ” atau ” Aku business sendiri dari elok dari jadi kuli orang” atau ” kalau nak kaya, meniaga adalah jawapannya ” adalah biasa kita dengar. Itu antara mereka yang sanggup untuk meninggalkan keselesaan hidup untuk mendapatkan keselesaan hidup yang lebih diluar sana. Tahniah usahawan! Anda memilih langkah yang betul untuk menentukan nasib diri anda sendiri …

Mewujudkan usahawan baru atau menjadi usahawan bagi saya bukan menjadi isu. Dengan berbekalkan pengalaman minima dan setakat pandai membaca, mengira sudah memadai buat permulaan. Cabaran sebenar usahawan adalah dalam mengekalkan rentak usaha yang dilaksanakan, meningkatkan prestasi dan memperolehi pendapatan yang diinginkan. Kaya bukan dalam sekelip mata! Untuk mengekalkan motivasi menjadi faktor mental yang menentukan ketabahan seseorang usahawan. Banyak usaha dilakukan sekerat jalan, atau tidak fokus terhadap apa yang dilakukan. Akhirkan, usaha tidak menjadi. Bukan kerana tidak boleh, tetapi tidak konsisten.

Pagi ini, saya menerima email dari sahabat-sahabat yang sama2 menghadiri seminar internet marketing Saifulsham Sessi 2 pada bulan Julai lepas. Kebanyakannya selepas hampir sebulan menghadiri seminar masih mencari2 idea perniagaan atau produk yang ingin dipasarkan .. Memang betul, setiap usaha perlu berhati2, dan mengambilkira aspek daya maju dan potensi. Tetapi bagi saya, MASA YANG DIAMBIL TERLALU LAMA! Selagi anda tidak mulakan sesuatu, selagi itu lah usaha perniagaan anda tidak bermula. Ini bukan nya nak menentukan anda jutawan atau tidak, tetapi business is all about taking risk! Buat je dulu, cuba, mulakan langkah… Kalau nak ditunggu produk yang perfect, saya rasa baik upah consultant utk buatkan market study utk kita !! 🙂

Jangan sampai motivasi kita turun sebelum kita berada dipuncak.. Anyway, motivasi dalam perniagaan tu memang ibarat roda.. ada kalanya kita akan rasa di bawah. Apa yang lebih penting supaya kita jangan berada di bawah terlalu lama. Cepatkan kitaran…

p/s : Saya pun dah mulakan .. main start je dulu .. dah terpalit lumpur tu kat badan, baru tau kat mana yang betul, mana yang tak berapa betul ..

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply