You are currently viewing 21 Perkara Traveler Lebih Pandai Dari Orang Biasa

21 Perkara Traveler Lebih Pandai Dari Orang Biasa

#1 Menguasai Geografi dan Ilmu Alam

Dulu kat sekolah, susah benar nak hafal nama negeri dalam Malaysia di peta. Tapi sekarang mainan traveler adalah peta BENUA. Siap hafal nama ibu negara dan negara sempadan. Selain dari iklim Khatulistiwa cuaca panas dan hujan sepanjang tahun, traveler sekarang dah pandai negara 4 musim. Dah tahu apa itu musim summer, autumn, winter & spring. Dah tahu ada suhu-suhu ekstrim seperti panas padang pasir, suhu salji tebal, tornado dan aurora.

Map boleh tolong korang travel jauh bila dapat tahu sempadan negara yang berhampiran.
Map boleh tolong korang travel jauh bila dapat tahu sempadan negara yang berhampiran.

Peta Malaysia ? Kacang je..

#2 Kira Duit Tak Pakai Kalkulator

Mereka jadi cekap mengira dan mencongak. Mereka tahu membuat pengiraan belanja luar negara selain dari matawang Ringgit. Memang hafal setiap nilai pertukaran wang semasa. Pound ke Ringgit, USD ke Ringgit, Euro ke Ringgit, Rupiah ke Ringgit. Hujung jari je boleh buat congak.

Mereka kira pakai otak, tak perlu calculator.

Ada satu masa, dalam poket korang ada lebih dari 2 matawang. Haha.. Baru la kelabu mata nak belajar duit siling seposen yang mana satu
Ada satu masa, dalam poket korang ada lebih dari 2 matawang. Haha.. Baru la kelabu mata nak belajar duit siling seposen yang mana satu

#3 Celik Matawang

Sebut je negara mana, traveler excited mengumpul duit dari  negara lain. Kalau masa sekolah dulu, terkulat-kulat bila cikgu tanya matawang negara Turki, tapi sekarang dengan lancar je menjawab. Dari Yen Jepun sampai ke US Dollar, hujung jari je menyebut. Install siap-siap Apps XE Currency dalam handphone.

#4 Semakin Rajin  Membaca dan Berbahasa dalam B. Inggeris

Banyak bahan rujukan travel dalam English. Kalau cari maklumat yang jarang diperolehi, Google pun bagi website English juga. Bahasa utama tu jugalah juga menjadi pertuturan. Don’t worry guys. Seburuk mana Bahasa Inggeris korang, tetapi akan jadi paling hebat kalau pergi ke negara seperti German! Kalau kat Malaysia, korang kena gelak English ke laut, ko akan rasa bangga bila English dorang lebih tenggelam ke laut dalam berbanding  korang.

Tiba-tiba buku rujukan travel korang semakin banyak. Mula-mula beli setakat nak beli, tapi makan tahun makin banyak.
Tiba-tiba buku rujukan travel korang semakin banyak. Mula-mula beli setakat nak beli, tapi makan tahun makin banyak.

#5 Memiliki Kamus Bahasa atau Translator

Bahasa utama di dunia ada 6. English, Mandarin, Arabic, French, German dan Portuguese. Selain tu Bahasa Jepun dan Korea pun ramai yang berminat.

Mesti mak korang bangga anak dia boleh speaking lebih dari bahasa Jawa kan ?

#6 Lebih Pandai Berjimat 

Allah! Punya kedekut. Sanggup bersusah dan berjimat untuk simpan duit next trip. Bajet jaga gila-gila sebab risau duit nak pegi travel tak cukup. Sanggup naik motor pergi kerja asalkan dapat naik kapal terbang pegi Lombok. Kalau travel tu, lebih prefer naik bas yang murah dari naik train atau flight. Kalau larat, sanggup jalan kaki. Jimat punya pasal.

Makanan asasi adalah Meggi.

Sesekali ko jumpa nasi beriyani memang heaven jugak..
Sesekali ko jumpa nasi beriyani memang heaven jugak..

#7 Makan Ala Kadar

Bila travel tempat yang majoriti penduduk bukan Islam, makanan susah sikit nak dapat yang halal dan sesuai dengan selera. Lupakan standard Halal JAKIM, kalau dapat kedai Pakistan atau Arab pun dah syukur rahmat. Elak was-was, lebih sanggup makan roti cicah Milo 3 in 1 atau makan buah je. Tak pun bawak Brahims atau Maggi dari Malaysia.

Inilah orang kata ‘Makan Untuk Hidup’ bukan ‘Hidup Untuk Makan’. Kalau nak makan sedap balik Malaysia la kan ?

Korang akan ada beberapa makanan wajib (selain Maggi) yang korang teringin nak bawak.
Korang akan ada beberapa makanan wajib (selain Maggi) yang korang teringin nak bawak.

#8 Tidur Sambil Duduk

Bila flight jam 7.30 am, seawal jam 3am dah bangun. Pegi airport bapa antar, sempat tido 30 minit dalam kereta. Lepas check in menunggu boarding, 1 jam lagi sempat pejam mata. Penerbangan KL ke Amsterdam 12 jam. Tidur, bangun, makan,layan movie tiga kali pun belum sampai. Transit pula kat Istanbul untuk ke London, lagi tidur 2 jam.  Dari Amsterdam ke Paris naik bas lagi 6 jam.

Masa tu dah lupa wujudnya tilam.

Ini kira dah tahap selesa. Kalau kasta lagi rendah, tidur kat lantai je bang. Model tidur : Azhari
Ini kira dah tahap selesa. Kalau kasta lagi rendah, tidur kat lantai je bang.
Model tidur : Azhari

#9 Mandi Bila Perlu

Tandas tu cuma untuk buang air kecil besar, basuh tangan dan wuduk. Kalau negara sejuk, mandi tu mungkin seminggu sekali atau sebab kena mandi wajib!

Tapi negara panas  tandus ko asek nak mandi 24 jam sehari.

#10 Pakai Baju 3 Helai Selama 14 hari

Satu lagi masalah travel selalu kerap ni, bila baju trip sebellum ni tak sempat nak basuh. Last-last recycle baju lama balik.
Satu lagi masalah travel selalu kerap ni, bila baju trip sebellum ni tak sempat nak basuh. Last-last recycle baju lama balik.

Backpack la katakan. Mana bawak baju banyak-banyak. Traveler pandai menggunakan Rule of Three. Tiap 3 hari dia cari mesin cuci atau dobi. Lepas tu pakai balik. Pakaian dalam je bawak lebih sikit, tapi ramai juga yang bawak pakai-buang.

Stokin 3 helai, kasut jangan mimpi nak bertukar.

#11 Semakin Kuat Berangan

Sejak balik dari Amsterdam hari tu, Salmah rasa resah. Tidurnya tidak lena, mandi tidak basah, makan tidak kenyang. Beberapa kali tangannya membelek cop imigresem kat Schipol Airport. Fikirannya melayang-layang ke taman bunga Kaukenhauf tu. Sungguh asyik sekali di Amsterdam sehingga terlanggar mamat Pakistan ketika sibuk selfie sambil buat mulut muncung. Tidak sabar untuk next trip ke Paris, Brussel, Austria, Italia, Swiss dan semualah!

Selalunya pemandangan macam ni boleh mengimbau kenangan Salmah untuk ketagih travel lagi.
Selalunya pemandangan macam ni boleh mengimbau kenangan Salmah untuk ketagih travel lagi.

Sabar Salmah. Sabar. Angan-angan ko akan menjadi nyata satu hari nanti.

# 12 Lebih Pandai Bersosial

Jika korang duduk di hostel yang berkongsi dengan strangers, lagi la kena rajin buka mulut. Tips : Korang tanya nama, dari negara mana. Tak payah tanya dia dah kawin ke belum.

Kawan aku dari German dan Jepun. Boleh la sembang-sembang, walau malam2 dorang asek ajak pegi pub mabuk2.
Kawan aku dari German dan Jepun. Boleh la sembang-sembang, walau malam2 dorang asek ajak pegi pub mabuk2.

Dan jangan lupa bertanya negara mana dorang dah travel. Korang akan amaze sebab takpa korang sedar kebanyakan traveler ni memang sekepala. Memang boleh masuk. Memang betul perumpamaan, kalau malu bertanya sesat jalan.

#13 Baca Peta

Paris menawarkan perkhidmatan awam yang cekap, tetapi antara sistem yang paling padat dan berserabut. Untuk pertama kali kembara, membaca peta Paris dalam bahasa Perancis memang mencabar.
Sekecil kuman peta pun ko akan gigih baca.

Bukan macam peta topo macam subjek geografi tu. Sekurang-kurangnya peta bandar tempat tarikan pelancong yang berhampiran. Korang akan tahu di mana hotel dimana korang menginap dan dari peta korang boleh tahu dimana tempat yang korang tujui.

Tahu arah utara dan selatan.

Sekarang zaman dah canggih. Kita travel pakai apps kat handphone je. Cuma kena belajar la guna map :)
Sekarang zaman dah canggih. Kita travel pakai apps kat handphone je. Cuma kena belajar la guna map 🙂

#14 Menggunakan Public Transport

Jangan eksen lah naik public transport tu tak kelas!

Banyak negara, public transport diorang canggih dan selesa. Sampaikan orang kaya dan berduit pun pilih public transport dan bukan drive kereta. Mungkin negara kita belum lagi sampai ke tahap kereta canggih seperti di Jepun, tapi sekurang-kurangnya Malaysia masih selamat.

#15 Rajin Bertanya

Kalau pergi negara orang, tak payah la nak buat perangai berat mulut. Bertanya lagi cepat dapat jawapan dari korang pegi Google maklumat. Kalau tak tahu tanya je. Masalah selesai lebih cepat. Sekurang-kurangnya bertanya kat mana makanan halal atau kat mana stesen train terhampir.

Tapi tanyala di kaunter pertanyaan.

#16 Guna Tandas Tapi Lantai Tak Basah

Ada negara yang tiada kepala paip di tandas. Ada mangkuk tandas dan tisu lap. Pun begitu tandas awam dorang sangat bersih. Pandai-pandailah bawa botol air untuk basuh. Dan jangan basah-basahkan sangat lantai sebab sesetengah negara tidak suka tandas yang basah.

Toilet bersih dan kering, jangan ko tukar jadi basah dan hancing.
Toilet bersih dan kering, jangan ko tukar jadi basah dan hancing.

Ada juga tandas yang memang takde air. Main calit pakai kertas je.

#17 Pandai Selfie, Photobomb dan Asas Fotografi

Haaa.. Ini kepandaian semua traveler. Teknik fotografi tahap tinggi. Macam mana nak selfie nampak pipi tak kembung, macam mana nak amik gambar supaya nampak slim, camne nak jadi lebih kurus.

Lepas tu edit kaw-kaw. Cantek gile foto korang. Haha.

#18 Pandai Kumpul Mata Ganjaran

Macam-macam mata ganjaran dari program loyalty korang akan register. Enrich MAS, BIG Shot Air Asia dan macam-macam. Dan korang akan sentiasa kumpul mata ini dan boleh ditebus untuk membantu menjimatkan korang travel.

SEbab dah selalu sangat, mata ganjaran korang pun dinaik taraf, lepas tu dapat tiket flight free.. Haha
SEbab dah selalu sangat, mata ganjaran korang pun dinaik taraf, lepas tu dapat tiket flight free.. Haha
Dapatkan kad ini untuk diskaun dan kelebihan di hostel belia Eropah dan seluruh dunia.
Dapatkan kad ini untuk diskaun dan kelebihan di hostel belia Eropah dan seluruh dunia.

#19 Bakat Menulis

Tiba-tiba status Facebook korang akan jadi panjang berjela dengan huraian keterujaan korang main gosok-gosok Kangaroo kat Australia. Korang tempek gambar banyak-banyak bagi menguatkan hujah betapa cantiknya tempat itu yang tidak ada di Malaysia.

Tiba-tiba korang nak buat blog travel dan tiba-tiba terasa nak jadi penulis bestseller travelogue. Semangat!

Aku selalu angan-angan catatan aku sechomel ini. Haha
Aku selalu angan-angan catatan aku sechomel ini. Haha

#20 Menghargai Sejarah

Bila keluar, tengok macam mana berkembang tamadun. Bagaimana Islam dahulu yang kuat tetapi tumbang. Lihat juga macam mana Jepun menjadi gergasi selepas dibedil bom atom. Ini sejarah.

Ko sibuk tengok duit negara lain. Ko tau muka sapa ada kat duit Malaysia ? Hah.. Google cepat
Ko sibuk tengok duit negara lain. Ko tau muka sapa ada kat duit Malaysia ? Hah.. Google cepat

Kalau ko balik Malaysia lepas lawatan panjang di luar negara, tapi ko tak rasa apa-apa terhadap nikmat di Malaysia, ko patut disula dan dibuang daerah. Kalau bukak mata besar-besar, korang akan menghargai sejarah walau sekecil mana kerana itu adalah asal usul kita.

#21 Menyayangi Tanah Air

Tanah tumpahnya darah ku. Jauh berjalan tidak sedikit pun mengubah bahawa Aku Anak Malaysia,
Tanah tumpahnya darah ku. Jauh berjalan tidak sedikit pun mengubah bahawa Aku Anak Malaysia,

Bersyukur beb kita datang dari Malaysia. Best macam mana pun snow di negara orang, budu cencalok dan belacan juga yang sedap. Hujan emas di negeri orang, korang bawa la balik sikit emas sebagai pelaburan di tanah air sendiri. tengok negara orang supaya dapat perbaiki dan elokkan negara sendiri.

Balik Malaysia jangan sombong ya. Sebarkan kebaikan.

***************************************************************************************************************************
Suka Dengan Content Travel Seperti ini? Klik Like dibawah.

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE PAGE di bawah.

***************************************************************************************************************************

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 7 Comments

  1. Ida

    Rindu Paris metro map tu 🙂

    ID : Bila nak datang lagi ? Lajak la ke sini ziarah 🙂

  2. rahimah

    Ha ha..gambar kat Amst tu memang bawak mimpi nak repeat.Padahal dah 2 kali tu.

  3. Anil Wanina

    Hahahah.. kebanyakannya betul.. #6 tu sangat betul.. kikikii.. you make my day… ^_^ rindu nak travel nehhh…

  4. Norliza Mohd Nor

    Teruskan travelodge ni usaha murni..Tahniah dan syabas dari saya..semua yg d catit telah mematangjn kami..pandai di sini lebih kepada survival diri di rantau org..Alhmdllh..sesungguhnya dunia milik Allah ini lbh indah bila lihat sendiri keindahan ciptaannya di depan mata dari buku yg kita baca.,sekali kita travel rasa xsabar menanti peluang datang lgi..In Shaa Allah.,Alhmdllh

  5. Dragonwraith

    Giler…. x sbar nk smbg travel around the world!!!

  6. muhammad haziq

    boleh share tips mcm mana nak kumpul mata ganjaran dengan banyak dan memudahkan dapat tiket flight free? harap tak keberatan..

Leave a Reply