Masa aku pergi servis kereta, tersembang dengan mamat kat sebelah. Tinggi, muka agak bengis.
Dia duduk bercerita, bengang dengan orang dari Eropah. Ramai dari negara lepas perang, tidak semaju mana. Sampai ada ambil kesempatan subsidi dan benefit yang UK bagi.
1. Subsidi tunai. Kalau kau tiada kerja, dia bagi Job Seekers Allowance paling kurang dalam £50 (RM275). Tapi cuma sampai dapat kerja, bukan sampai kau tua.
2. Kalau ada anak pula, elaun bertambah. Anak pertama dapat £20, £13 setiap anak seterusnya. Kalau ada 5 anak, sendiri boleh kira.
3. Benefit dibayar tiap minggu. Cukup masa kau pergi ke ATM, cucuk kad ambil duit.
4. Mahu dijadi cerita, ada keluarga datang dari Poland ke UK, dengan anak-anak 3 orang. Lepas beberapa lama, suami isteri sengaja berpisah.
5. Ibu tunggal dapat elaun lebih. Dan kalau tidak ada rumah, dapat lagi housing benefits. Jika kalau tidak bekerja, Income Support Allowance tersedia.
Ohoi!
Licik juga. Kasi pusing, supaya dapat lebih dan tidak perlu kerja. Itu hina.
6. Tapi tidak lama. Mahu lari mana, tipu keliling kantoi juga. Benefits untuk yang layak sahaja, bukan untuk diberi pukul rata. Kerajaan detect sekejap saja.
Aku fikir ada betulnya. Kerajaan kutip cukai, dan pulangkan balik dalam bentuk subsidi. Beri tunai pada yang layak, bersifat sementara dalam satu jangkamasa.
Bila hidup semakin baik, kurangkan subsidi atau tamatkan sahaja. Yang tidak layak, janganlah mintak. Bukan hak. Yang layak tapi tidak dapat, cuba lagi sampai dapat.
Tapi bila mahu beri subsidi tidak boleh setakat beri. Derita sepanjang tahun, ubat dapat hanya sekali. Itu macam duit raya. Dapat sekali sekala, tidak sangat membantu apa-apa. Setakat sebulan instalment kereta buat Uber.
Patutnya, tunai ini ibarat joran. Walau cuma satu, tapi boleh naikkan 100 ikan. Tidak guna bagi seribu, tapi hanya pandai habiskan umpan. Orang bukan mahu sangat tunai tidak seberapa, cuma orang mahu hidup lebih selesa. Kalau tiada bantuan tunai, bonus 6 bulan pun okay juga. Bahagia.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Penganalisa Bantuan 1 Jari Telunjuk
Glasgow, Scotland
Nota : SHARE dibenarkan. Klik saja butang Follow Irwan Dahnil untuk tips persediaan sebelum berangan pindah negara.