Ada rakan2 yang rapat dengan saya bertanya kenapa tiba2 saya buat blog. Ramai jugak yang cakp, orang macam saya ni memang susah nak maintain blog ( work nature tak sesuai ) … Membuatkan saya berfikir seketika mengapa saya menulis blog. Sebenarnya, saya tak perlu nak fikir mengapa saya perlu ada blog sebab pada awal lagi saya sudah tau apa yang saya buat dan apa yang saya ingin kan. Apa yang membuat saya berfikir sejenak adalah bagaimana untuk menjawab soalan rakan saya tadi. Dengan mengambilkira pandangan mereka, saya dapat simpul kan beberapa falasi mengenai blog :
1. Blog untuk orang yang kesunyian
Blog ni hanya untuk orang yang tiada kawan dan kesunyian. Tiada siapa yang sudi nak bercakap. Orang yang tak sunyi dan ceria sentiasa ada benda yang ingin dibuat dan bukan hanya duduk depan PC untuk mencatatkan sesuatu… Kan ke kera sumbang namanya tu??
2. Blog untuk mereka yang pandai berbahasa
Blog hanya untuk orang yang pandai berbahasa dan pandai menyusun ayat. Ayat mestilah sedap didengar dan setiap patah disusun dengan teratur. Ayat2 mestilah mempunyai unsur2 pemujukan dan dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca sehingga ke akhirnya. Elemen berbunga bahasa menjadikan blog anda indah dibaca dan menarik hati.
3. Blog untuk orang yang tidak berkawan
Disebabkan oleh pelbagai faktor dalaman (e.g. pemalu, rendah diri) atau faktor2 luaran (e.g. rasa diri tak cantik, atau badan yang besar). Orang seperti ini menjadikan blog sebagai teman untuk berkata2 dan meluahkan perasaan. Comment dari pengunjung menjadi penawar dalam erti kata masih ada yang sudi untuk bercakap dengan penulis blog.
4. Orang yang tidak pandai berkata2, tapi bijak berbahasa
Melayu ni penuh dengan sopan santun dan nilai2 ketimuran. Kadang2 mulut malu untuk berkata2 sesuatu. Tetapi lebih mudah nak ditulis kerana dengan tulisan tiada ekspresi wajah. Cuba tengok berapa ramai yang berani mencarut di laman web @ blog @ forum, berbanding dengan dengan orang mencarut kat sekitar kita ?? 🙂
5. Blog menjadi Diari alaf millineum
Blog pengganti diari. Cuma tidak perlu ditulis sebaliknya ditaip. Diari pula dikaitkan dengan luahan hati yang tidak terungkai. Diari dikaitkan pula dengan wanita. Brapa ramai lelaki yang ada diari ? 🙂 .. Blog hanya utk wanita ….
6. Mesti ada idea
Takder idea la ape nak tulis.. sedangkan penulis pun perlukan ilham, apatah lagi kita ni yang selalu je kekeringan idea.. mana boleh nak tulis panjang lebar dalam blog.. malas la.. buat sakit otak je …
Sesungguhnya cetek dan dangkalnya pemikiran kalau ada yang berfikiran demikian. Tidak kreatif dan banyak memberi alasan. Melihat dari persepektif yang sempit… Kalau macam itulah pemikiran saya, bagaimana dapat saya ekspresikan perasaan saya seperti gambar di bawah.
Bagaimana dengan anda ?