You are currently viewing 5 Lokasi Wajib ke Utara Pakistan (Part 1)

5 Lokasi Wajib ke Utara Pakistan (Part 1)

List ini panjang. Begitulah sukar menentukan berapa hari perjalanan ke Pakistan yang sesuai, kerana terlalu banyak pilihan. Aku cuba buat senarai sikit-sikit.

1. Tasik Kachura

Ia berlatarbelakangkan gunung dan dikelilingi pokok aprikot liar.Lower Kachura berada di bahagian bawah berpanorama indah. Lebih kurang 30 minit perjalanan naik pula ke Upper Kachura.

Disini boleh naik boat mengelilingi tasik. Lihat pergunungan yang seolah-olah mempagari tasik ini. Sebelum pulang, nikmati secawan chai di bawah pokok epal yang rendang.

2. Sarfaranga / Katpana Cold Desert

Bila sebut gurun, kita akan terbayang bahang panas. Disini, suhunya sejuk kerana ia antara gurun yang tertinggi di dunia.

Aktiviti disini ada banyak seperti menaiki jip, berkuda atau bermotosikal. Jangan lupa untuk ambil gambar di pintu gerbang pintu masuk ke K2. Luar biasa.

.

3. Khunjerab Pass

Merupakan sempadan tertinggi di dunia antara Pakistan dan China yang terletak di Lebuhraya Karakoram dengan ketinggian 4,693m dari aras laut. Di pekan Sost, ada banyak deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan.

.

Kerana kedudukan disempadan China-Pakistan, jadi orang-orang disini ada pelbagai. Ada berkulit gelap, berkulit cerah, mata sepet, mata biru. Ala. Macam Malaysia, Truly Asia juga.

.

4. Tasik Biru Attabad

Terbentuk selepas berlakunya tanah runtuh di perkampungan Attabad sehingga menyebabkan kampung asalnya musnah.

Air dari glasier dan Sungai Hunza memenuhi sehingga terbentuknya Tasik Attabad yang berwarna kebiruan. Disini boleh naik boat, sampan atau jetski.

.

5. Jambatan Hussaini

Yang dikenali sebagai antara jambatan paling berbahaya di dunia. Bagi yang gayat, cukuplah sekadar bergambar. Takut nanti tak jumpa jalan pulang pula.

Personally, bagi aku ia menarik. Tidaklah begitu menakutkan. Selalu cakap “Alaa… kalau jatuh handphone boleh ambil balik.” Asalkan itu handphone kau, bukan aku.

6. Altit Fort

Monumen paling lama berdiri di wilayah Gilgit Baltistan iaitu lebih kurang 1,000 tahun lamanya. Dari puncak kubu ini, maka akan kelihatan bandar Karimabad, perkampungan yang terlihat warna zamrud sungai, pokok pine yang meruncing dan dikelilingi pergunungan. Antara pemandangan terindah di Hunza.

Hunza sendiri mempunyai pelbagai tarikan menarik, tetapi itu kita simpan untuk artikel akan datang.

7. Naran / Lembah Kaghan

Berada di bahagian atas Lembah Kaghan, bandar Naran antara bandar yang hidup ketika malam hari. Seperti pasar, orang masih sibuk membeli-belah.

Kami menikmati ikan trout bakar disini, beli souvenir dan melihat sendiri kehidupan masyarakat disini. Kaghan Valley terkenal dengan ikan trout di sepanjang sungai, menikmatinya di sungai yang mengalir di bawah kerusi, sambil kaki mencecah sejuk air.

.

Bersambung Part 2

.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Skardu, Pakistan

.

Nota : Aku menulis catatan kembara untuk panduan perjalanan. Boleh follow page Irwan Dahnil untuk destinasi akan datang.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply