You are currently viewing 5 Tips Pengangkutan Awam Amsterdam
Setiap tram ada nombor dihadapan dan juga stesen terakhir yang dituju.

5 Tips Pengangkutan Awam Amsterdam

1.Ketibaan & Pelepasan : Amsterdam Schipol International Airport

Tiket train NS dari Schipol ke Amsterdam Centraal return.
Tiket train NS dari Schipol ke Amsterdam Centraal return.

Selain dari bas dan kereta, kebanyakan orang akan memilih train ke Schipol. Ia lebih cepat dan berkesan. Masa beroperasi 24 jam dengan kadar kekerapan tinggi kira-kira setiap 7 minit tetapi setiap sejam antara jam 1 pagi ke 5 pagi.

Train ini ada yang direct ke Amsterdam Centraal atau ada yang berhenti-henti di stesen tertentu. Bagi direct train mengambil masa sekitar 15 minit sahaja. Harga tiket €5.10 yang boleh dibeli dari mesin layan diri menggunakan kad  atau di kaunter tiket menggunakan kad atau tunai.

Di Airport Schipol, kaunter ni berada di sebelah kiri keluar dari balai ketibaan. Tiada perkhidmatan GVB dari airport ke bandar Amsterdam.
Di Airport Schipol, kaunter ni berada di sebelah kiri keluar dari balai ketibaan. Tiada perkhidmatan GVB dari airport ke bandar Amsterdam.

Alternatif lain adalah menaiki bas Amsterdam Airport Express nombor 197 untuk turun di kawasan Leidseplein atau Museumplein. Tiket sehala €5 dan €10 untuk tiket ulang-alik. Teksi antara pilihan yang mudah sekitar €50. Prebook teksi boleh dibuat secara online dengan kadar lebih murah sekitar €25.

2. Perkhidmatan Tram, Train, Bas dan Metro

Terdapat beberapa operator utama pengangkutan awam Amsterdam. NS merupakan operator sistem train. GVB pula merupakan operator trem, metro, bas dan feri. GVB boleh dikenali dengan warna biru dan putih.

Perkhidmatan GVB boleh dikenalpasti dengan warna biru putih. Semua tiket GVB boleh digunakan untuk sebarang pengangkutan.
Perkhidmatan GVB boleh dikenalpasti dengan warna biru putih. Semua tiket GVB boleh digunakan untuk sebarang pengangkutan awam Amsterdam seperti trem, bas, metro dan feri.

Train seperti perkhidmatan keretapi biasa (seperti komuter di Malaysia), tram pula adalah rangkaian keretapi ringan (tiada di Malaysia) manakala metro pula adalah LRT di Malaysia. Untuk berjalan di sekitar Amsterdam sudah memadai dengan menggunakan perkhidmatan GVB. Tram, train dan metro beroperasi antara jam 6 pagi hingga 12.30 tengah malam. Selepas itu, hanya bas disediakan.

3. Tiket & Pas

Tiket train NS tidak boleh digunakan dalam pengangkutan GVB. Ia dibeli berasingan. Pembelian tiket GVB hanya untuk menggunakan public transport trem, bus, metro dan feri. Walaubagaimana pun harga tiket bagi single journey adalah  €2.90 untuk perjalanan selama 1 jam.  Untuk mendapatkan diskaun (huge reduction), gunakan OV Chipkaart atau Day Ticket.

Setiap kali masuk ke tram atau bas akan ada mesin check in ini. Sentuh kad ketika masuk. Jangan ngelat.
Setiap kali masuk ke tram atau bas akan ada mesin check in ini. Sentuh kad ketika masuk. Jangan ngelat.

OV Chipkaart adalah seperti kad prabayar yang mempunyai nilai wang dalamnya. Jika habis, boleh topup lagi. Ia dapat menjimatkan harga tiket dari €2.90 menjadi €1.20. Ia boleh diperolehi di pejabat GVB atau NS. Harga kad tersebut adalah €7.50 dan boleh ditopup di mesin, kedai runcit (disebut newsagen atau tobacco shop).

Satu lagi pilihan adalah membeli Day Ticket. Ini adala pilihan terbaik untuk kembara 1 atau 2 hari. Ia membolehkan pengguna menggunakan sebarang perkhidmatan GVB unlimited. Andai anda seorang yang selalu sesat, ini pilihan terbaik kerana naiklah seberapa banyak perkhidmatan dengan satu bayaran sahaja. Ia valid 24 jam selepas mula digunakan. Bermaksud, jika kita mula menggunaan kad ini pada jam 10am, maka kad ini masih boleh digunakan sehingga 10 pagi keesokan hari. Tiket boleh dibeli dari mesin, kaunter atau dari pemandu.

*Harga tiket ini adalah mengikut hari penggunaan.
24 jam €7,50
48 jam €12,00
72 jam €16,50
96 jam €21,00
120 jam €26,00
144 jam €29,50
168 jam €32,00

Kanak-kanak 4-11 tahun yang ditemani dewasa  € 2,50

*Mohon check harga terkini. Maklumat harga yang dipaparkan ketika artikel ini ditulis.

4. Memahami Peta Pengangkutan Awam Amsterdam

keyUntuk memastikan anda tidak sesat, dapatkan peta dan cuba fahami asasnya. Dalam peta akan dipaparkan jalur / line pengangkutan awam.

Secara asasnya cuma perlu kenalpasti line mana untuk metro, train dan tram. Lihat Legend/Key peta. Biasanya akan dinyatakan mana satu line bagi setiap pengangkutan. Sebagai contoh, line metro ditandakan dengan warna berabjad M, manakala stesen train ditandakan dengan logo NS (logo seperti anak panah dua arah).

Setiap peta akan disertakan dengan nama stesen, line perkhidmatan dan juga destinasi.
Setiap peta akan disertakan dengan nama stesen, line perkhidmatan dan juga destinasi.

Di stesen Amsterdam Centraal terdapat pelbagai perkhidmatan tram (nombor tram 1,2,4,9,5,13,16,24,17 &26) metro (line 51,53 &54) dan train (NS) yang menuju ke destinasi terakhir yang dipaparkan. Contohnya tram No 2 akan bermula di Amsterdam Centraal dan berakhir di Nieuw Sloten.

Jika mahu ke Dam Square, maka boleh naik mana-mana tram dan turun di stesen Dam. Jika mahu ke Waterlooplein (tempat flea market terkenal di Amsterdam) boleh naik mana-mana metro.

Jika berada di stesen Dam, dan mahu ke stesen Koningsplein, pastikan naik tram ke arah yang betul (bukan ke arah Amsterdam Centraal). Sekiranya tersalah tram, turun sahaja di stesen seterusnya dan tukar tram ke arah bertentangan.

Kebanyakan tempat tumpuan pelancong mempunyai pengangkutan awam yang terhampir. Cuma lihat sekali lagi peta, tentukan stesen terhampir.

Peta pengangkutan awam Amsterdam boleh dimuat turun percuma disini. Peta ini juga disertakan dengan stesen terhampir untuk setiap tempat tarikan utama pelancong.

5. Berani ‘Langgar’ 

Pengangkutan awam Amsterdam paling mudah untuk diikuti berbanding pengangkutan awam Paris. Ia tidak rumit dan senang difahami. Jangan bimbang, bukan anda sorang akan rasa was-was, ramai lagi pelancong yang sama-sama tercangak-cangak menggunakan pengangkutan awam. Ringankan mulut bertanya. Jika sesat, kembali ke pangkal jalan!

Good Luck!

***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE di bawah.

***************************************************************************************************************************

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 2 Comments

  1. Nurul

    Kalau amek day pass tu utk transport dalam city je ke? Kalau nak pergi Zaanse schans and volendam boleh guna day pass jugak ke? Kalau tak, naik apa ye?

    ID: Kalau luar bandar seperti Zaanse Schans dan Volendam menaiki train NS

  2. Sablina

    bagaimana kalau nak giethoorn?

Leave a Reply