5 Tips Menghasilkan Ebook Berkualiti

Apa sebenarnya yang orang cari di internet ? Kenalan baru ? Duit ? Hiburan ? Berita ?

Setiap dari kita mempunyai tujuan yang berbeza apabila melayari internet. Boleh disimpulkan internet merupakan tempat kita mencari satu perkara yang penting iaitu MAKLUMAT. Bila dikaitkan dengan perniagaan diinternet, maka tidak hairanlah mengapa menjual ebook menjadi salah satu bentuk perniagaan yang popular.

Tanpa mendebatkan kredibiliti ebook itu sendiri, kita tidak boleh nafikan perniagaan ebook sebenarnya memang pelengkap kepada keperluan orang melayari internet. Bila kita mencari maklumat di internet, kita sanggup membayar untuk suatu maklumat yang kita rasakan sesuatu.

“Memang bijak orang yang menciptakan model perniagaan ebook. “

Sekarang pandangan peribadi, perniagaan ebook masih mempunyai tempat di Malaysia. Dahulunya ebook lebih cenderung untuk mendedahkan teknik-teknik membuat duit di internet, tetapi sekarang skop topiknya lebih meluas. Ebook kini telah melangkaui topik-topik yang lebih umum, bersifat inklusif dan tidak tertumpu kepada buat duit sahaja. Sekarang kita boleh perolehi pelbagai topik ebook seperti keibubapaan, menguruskan kewangan, mengurus perniagaan, meningkatkan kesihatan, kerjaya, motivasi dan pelbagai lagi. Dengan meluasnya pelbagai topik, maka lebih banyak topik ebook yang akan memasuki pasaran.

5 Tip Menghasilkan Ebook Yang Berkualiti

1. Tulis mengenai bidang yang anda tahu, berkemahiran, berpengalaman. Bagi Azizi Ali dalam bukunya menyatakan bahawa 3 topik yang paling mendapat perhatian adalah topik mengenai perniagaan dan keusahawanan, ‘self-help’ dan juga hobi. Tetapi banyak lagi topik-topik yang belum diteroka dan dihasilkan.

2. Memilih topik seperti keibubapaan dan kesihatan merupakan topik yang evergreen. Tahun berganti, tetapi maklumat seperti ini sentiasa boleh dibaca pada bila-bila zaman sekalipun. Ebook Buat Duit Dengan SMS yang saya tulis sekitar tahun 2006, bukanlah contoh topik evergreen yang baik kerana terdapat kebergantungan kepada teknologi. Tetapi ketika saya menulis topik tersebut, saya mengikuti tip nombor 1 di atas. ūüėÄ

3. Sekiranya ingin menulis dalam Bahasa Malaysia, gunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Secara ringkasnya BMT merupakan bahasa Malaysia yang menggunakan tatabahasa dan struktur ayat yang baik dan betul. Dalam satu artikel yang saya baca dari tulisan Puan Ainon yang juga pengerusi syarikat penerbit buku PTS, saya boleh simpulkan bahawa penggunaan BMT dapat mengekalkan kandungan ebook tersebut untuk dibaca oleh generasi akan datang. Sebagai contoh, penggunaan kata ‘saya’, ‘awak’ dan ‘kami’ diterima oleh pelbagai generasi berbanding dengan kata ‘lu’, ‘gua’ dan ‘we all’.

4. Jika menulis topik yang umum (bukan topik buat duit), prospek pembeli akan melihat siapakah individu yang menulis ebook tersebut. Prospek ingin melihat adalah penulis ebook tersebut ‘cakap serupa bikin’. Jika anda menulis mengenai topik keibubapaan, adakah anda seorang ibu/bapa yang mempunyai pencapaian yang berbeza dari ibubapa yang lain ? Latarbelakang penulis merupakan aspek penilaian prospek sebelum membeli ebook. Penulisan ebook yang mengikut fokus topik atau niche juga membantu dalam jualan.

5. Ebook bukan bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata. Selain dari memperolehi rezeki yang halal dari jualan ebook, penulis berkongsi pengetahuan dan ilmu. Kandungan ebook yang baik dan berfaedah, menjanjikan potensi menghasilkan pendapatan yang mewah apabila menerbitkan ebook kedua. Dengan membina kredibiliti dan kandungan ebook yang dipercayai, rezeki penulis ebook akan lebih murah apabila menghasilkan ebook kedua pula. Bak kata pepatah, ‘Budi yang baik dikenang jua..”

Mungkin pandangan saya berbeza, tetapi saya membuat kesimpulan, ebook merupakan pelengkap kepada industri buku dan bukan pesaing. Walaupun proses, perundangan dan operasinya boleh memerlukan perbincangan lanjut, penerbit buku yang bijak sahaja boleh melihat potensi ini.

p/s : Ketika di universiti, teknologi maklumat merupakan bidang saya. Ketika itu, tidak dapat saya buat ramalan bahawa sebegini hebat penangan maklumat di internet. Bapa saya ketika itu pula tidak memahami apa-apa meramalkan yang saya akan hanya menjadi seorang kakitangan di Jabatan Penerangan!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply