Tahukah anda kelebihan mempunyai testimonial ??
Haha.. Mungkin anda terlupa, antara kaedah pemasaran yang paling berkesan adalah dari mulut-ke-mulut (jangan menyimpang) atau pun dalam istilah mudah, recommend dari kawan. Kalau anda membuat pilihan antara 2, tentunya anda akan memilih produk yang direkomenkan oleh kawan.
Oh ya! Testimonial tu adalah satu paparan pandangan ikhlas seseorang terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Tapi ramai yang ‘tak ikhlas’ tapi buat2 ikhlas 🙂
Itu lah sebenarnya testimonial …. Dalam strategi pemasaran, testimonial menjadi faktor mempengaruhi seseorang untuk membeli. Lebih2 lagi kalau orang kita, ehemmm.. selalu nak tengok orang lain buat dulu, baru nak try. Biasanya testimonial adalah dari orang yang berpengaruh atau popular. Contohnya, kalau Siti Nurhaliza la yang memberi testimonial positif kepada produk saya, tentunya orang lain akan berkata “Waaaa… Siti try produk XXX pun kata bagus …” Atau testimonial dari orang yang telah mencuba sesuatu produk.. atau berpengalaman.
Tujuannya tidak lain. Testimonial akan mempengaruhi keputusan pembeli untuk terus membeli produk anda tanpa perlu tunggu dan lihat…
Cuba lah … Testimonial pasti memberikan pengaruh positif kepada jualan anda!!
p/s : Apa yang anda baca tadi, ada testimonial untuk testimonial ..