Idea ditelan teknologi..

Salam Sejahtera,

Hari ini hari ke 7 saya berada di Kota Kinabalu. Dah terasa rindu pula untuk menyambung tugas. Saya rasa saya tidak boleh tinggalkan KL lama-lama :). Paling lama 7 hari, fikiran saya dah kembali ke kerja-kerja pejabat. Susahnya jadi pecinta duit dunia usahawan ni ..

Saya ada inform anda semua bahawa posting saya dalam minggu ini adalah autoposting, yang saya telah setkan sebelum saya bertolak ke Sabah. Dalam keseronokan saya bercuti, saya sentiasa dapat memeriksa email dan blog menggunakan GPRS dari handphone. Entah mengapa, semalam saya rasa ‘gatal tangan’ untuk menyunting posting di blog ini. So saya edit 3 posting semalam dengan penuh rasa takjub dengan kebolehan teknologi yang membolehkan saya berbuat demikian.

Hari ini, saya cari cyber cafe untuk menghantar jualan yang ditempah pelanggan. Saya cuba buka blog saya, saya dapati 3 posting yang saya edit malam tadi rupa2nya dah ‘hilang’. Aduh.. ini mesti kes tersalah save posting menggunakan handphone ni.. Bengang je rasa lebih2 lagi posting sebelum ini adalah lebih panjang dan mempunyai kandungan yang penting yang saya ingin kongsikan dengan pembaca. 1 dari posting tersebut saya berjaya buat back-up, tetapi yang lagi dua, ‘selamat ditelan teknologi’.

Jadi saya terpaksa menaip semula dengan harapan idea2 yang lalu dapat saya recall… so nantikan posting saya lepas ini ya.. maaf kerana posting kali ini tiada isi.. 🙁

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply