Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya telah meminta bantuan rakan-rakan di WangCyber, di blog dan di Facebook untuk memberikan cadangan tajuk buku baru. Terima kasih.. terima kasih.. Berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan idea dalam memberikan cadangan tajuk yang sesuai untuk buku SMS yang baru. Lebih dari 100 cadangan tajuk diberikan dan bernas2 belaka, tetapi malangnya saya hanya dapat memilih hanya beberapa tajuk yang disebut-sebut sebagai finalist yang dirasakan sesuai. Saya telah kemukakan cadangan tajuk ini kepada penerbit buku yang akan menjadi juri profesional 😀 untuk memilih tajuk yang paling sesuai..
Insyallah, tajuk yang terpilih akan menjadi antara orang yang pertama mendapat buku ini!
Anyway berbalik kepada topik hari ini.
Perniagaan Konvensional vs Perniagaan Teknologi
Memang senario perniagaan dah banyak berubah dari dulu dengan sekarang. Dahulu memerlukan pekerja, sekarang boleh dilakukan secara automatik. Dahulu kerja 9am-5pm, sekarang 24 x 7. Dahulu memerlukan modal yang dari bank dan pinjaman, sekarang boleh bermula dengan kos yang rendah..
Saya boleh rumuskan, cara pelaksanaan perniagaan cara konvensional dan cara sekarang AMAT berbeza.
Seperti yang anda tahu, sesuatu perniagaan itu adalah perniagaan idaman sekiranya :
– Memberikan pendapatan berterusan
– Boleh diduplikasikan
– Permulaan yang rendah dan pulangan yang maksima
– Mobiliti dan Fleksible
– Penggunaan TEKNOLOGI yang maksima
Ya! Dengan penggunaan teknologi yang semaksima mungkin sahaja yang dapat ‘mengangkat‘ perniagaan itu dari pengendalian secara konvensional ke cara yang lebih canggih!
Maka, sekiranya anda tidak menggunakan teknologi dalam perniagaan anda, saya boleh andaikan yang perniagaan anda menuju kegelapan kerana persaingan teknologi yang tidak terlawan.
Sehingga kini, 2 bentuk perniagaan yang telah saya ceburi yang dapat membuktikan ia menjadi idaman perniagaan kepada semua.
“Saya telah ceburi perniagaan internet, hasilnya memang memberangsangkan. Kajian saya terhadap SMS juga memberikan pulangan yang sangat berbaloi.”
Boleh saya katakan, ia adalah perniagaan idaman saya!
Saya tidak mempunyai kakitangan yang ramai, bebas untuk menentukan masa saya bekerja, saya mempunyai pilihan untuk menentukan produk, produk2 saya boleh diduplikasikan dan saya tidak menyimpan inventori yang tinggi. Inilah yang saya mahukan. Kebebasan dalam menjalankan perniagaan!
Saya tidak pasti apakah ciri-ciri perniagaan idaman anda. Mungkin anda mempunyai ciri2 yang berbeza yang anda bole kongsikan. Atau anda merupakan usahawan ‘otai’ yang memang elergi pada teknologi ? Fikir2kan..
Sekiranya anda ingin mempelajari perniagaan SMS dan menggunakan semaksimanya kemudahan internet untuk perniagaan anda, anda tidak harus lepaskan peluang :
Tajuk Seminar : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS
Tarikh : 17 Januari 2009 bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang
Speaker : Irwan Dahnil
Lokasi : Quality Hotel , Kuala Lumpur
12 lagi tempat kosong. Seminar ini hanya akan dijalankan 3 bulan sekali. Untuk pendaftaran sila layari http://seminar.akademisms.com
Semoga perniagaan anda berdaya tahan dengan kekuatan teknologi!
p/s : Saya juga masih membuat survey dan tinjauan untuk mendapatkan apakah ciri2 yang orang cari dalam perniagaan.