You are currently viewing 7 Sebab Mengapa Memilih Lelaki Kaki Travel

7 Sebab Mengapa Memilih Lelaki Kaki Travel

Bila ada satu post yang tulis jangan date / kawin dengan perempuan yang suka melancong, aku rasa betapa beruntungnya jadi lelaki yang kaki travel. Mereka ni aku kira insan terpilih, dan sepatutnya menjadi rebutan perempuan di luar sana (tak termasuk aku). Ehem!

1. Pandai Cari Destinasi Menarik Untuk Keluarga

Dia pandai pilih mana tempat yang sesuai, selamat dan menarik untuk keriangan seisi keluarga. Dia akan cari tempat yang paling menjimatkan tapi paling menyeronokkan! Bukan senang beb.

Pengalaman aku bawak anak kecil dan keluarga ke Eropah. Memang tidak boleh pergi banyak tempat. Penat badan!
Dia mungkin penat dan bermuka monyok masa bawak famili. Asalkan anak isteri gembira.

2. Dia Memilih Engkau!

Dia mungkin pernah jumpa awek Arab mata mengancam, perempuan seksi Spain, baby doll dari Jepun atau girl friend K-Pop. Ramai teman wanita yang dia jumpa, tapi satu pun tak sangkut. Sebaliknya dia pilih kau! Ohoi. Walau macam mana pun comot, kau pilihan dia. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan… Deng… Tak bangga ke?

Florian disebelah kiri saya. Di sebelah kanan, awek Jepun.
Florian disebelah kiri bercitarasa Asia. Aku kekal selera Malaysia. Di sebelah kanan, awek Jepun.

3. Destinasi Berbulan Madu Terbaik

Memang ada banyak tempat cantik pernah dia pergi. Tapi dia akan ‘simpan’ elok-elok satu tempat paling digemari, paling romantik yang dia target akan pergi bila berbulan madu. Bayangkan, tempat bulan madu yang paling baik untuk dia, hanya untuk kau yang paling dia sayang. Suwit sangat!

Lake Como, Milan Italy
Lake Como, Milan Italy.

4. Lebih Mudah Menyesuaikan Diri

Bila travel, dia bercakap dengan ramai orang lain bahasa, pelbagai peringkat umur. Dia sesuaikan diri dengan suhu 4 musim. Dia dah biasa makan apa saja. Kalau rumah mak kau tiada aircond atau masakan kau tak sedap, takde masalah. Bila kenduri kahwin, dia tak kekok tolong orang atau tidur di beranda. Atau kena sembang ngan pakcik jiran sebelah sambil hisap rokok gulung pun selamba. Semua kepala boleh masuk.

Ini kira dah tahap selesa. Kalau kasta lagi rendah, tidur kat lantai je bang. Badan lelaki traveler ni kental-kental. Model tidur : Azhari
Ini kira dah tahap selesa. Kalau kasta lagi rendah, tidur kat lantai je bang. Badan lelaki traveler ni kental-kental. Model tidur : Azhari

5. Dia Sentiasa Berduit Untuk Berjalan

Travel tu satu agenda hidup dia. Tiap tahun dia akan set destinasi. Dalam atau luar negara, kalau tak berjalan jiwa dia kacau. Sesekali mesti dia akan bawak kau juga. Untung badan. Kau tau bosannya kahwin dengan laki yang tak minat travel?

Selain dari Tabung Haji, traveler gigih simpan tabung ayam travel.
Selain dari Tabung Haji, traveler gigih simpan tabung ayam travel.

6. Berpandangan Luas, Berfikiran Terbuka.

Pengetahuan am hebat, senang dibawa berbincang. Dia tengok macam-macam budaya, dia dapat terima perbezaan pendapat. Dia tahu mana yang elok, mana yang tidak. Dia lebih berkompromi. Dia ada banyak bahan nak cerita. Dia tahu macam mana nak cari arah kiblat, solat ketika travel dan mengambil wuduk dengan air mineral 500ml. Kau tengok dia punya kesungguhan untuk menunaikan kewajipan dalam kepayahan. Macho beriman.

Toilet bersih dan kering, jangan ko tukar jadi basah dan hancing. Traveler akan bersungguh mencuci kaki di toilet yang tak de kepala paip tapi tak membasahkan lantai. Skill tinggi.
Toilet bersih dan kering, jangan ko tukar jadi basah dan hancing. Traveler akan bersungguh mencuci kaki di toilet yang tak de kepala paip tapi tak membasahkan lantai. Skill tinggi.

7. Merendah Diri

Dia tak pandai cakap besar. Lagi  banyak tempat dia pergi, lagi dia pandai menjaga emosi. Dia tidak berlagak, cakap cover-cover. Sejauh mana dia pergi, dia tahu tidak terlawan dengan kuasa Tuhan yang mencipta seluruh alam. Tunduk tawaduk.

Nasib baik pasangan aku bukan kaki shopping. Kah!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 3 Comments

  1. Muhammad Khairuddin Lim

    Lelaki kaki travel very unexpected kan…macam-macam projek..itu yang best tak terkira…macam-macam tempat dia pergi sampai kena pancat..berhati-hati bila berkahwin dengan lelaki kaki travel…kaki hutan gunung pun ye..hihihi

  2. Ashok MZ

    aku dapat pasangan bukan kaki jalan 100% bila ajak gi cameron dia boleh cakap “ada apa kat cameron tu” aduhai….

  3. nurul aziyana

    hahaaha seronok baca, lepas ni kasik keluar entry dari bini ” bila suamiku kaki travel”

Leave a Reply