April Datang Lagi

Salam Sejahtera,

Maka berlalulah bulan Mac. Pejam celik. sudah 3 bulan sepanjang 2007 kita harungi. Sepanjang minggu lalu saya banyak meninggalkan laptop saya tidak bersentuh. Minggu lalu adalah minggu saya keluar dan memenuhi temujanji saya untuk berjumpa dengan pelbagai pihak.

Sekadar untuk memaklumkan beberapa perkara anda :

1. Projek Manual Tips Pemasaran SMS

Baru beberapa minggu lepas saya umumkan projek buku saya yang pertama, dan kini ini saya ingin mengumumkan projek yang seterusnya. Projek terkini saya adalah menyiapkan sebuah manual sebagai tips pemasaran SMS. Hampir 75% selesai dan saya jangkakan akan selesai sepenuhnya dalam pertengahan April. Ini merupakan pencapaian yang sangat menggembirakan kerana projek saya ini berjalan lebih cepat dari saya jangkakan.

Apa yang anda boleh jangkakan dari manual ini ? Kandungan manual ini lebih komprehensif dan lebih menyentuh hal-hal teknikal. Manual ini saya hasilkan selepas mendapat banyak feedback dari pelanggan yang mahukan satu bentuk garis panduan yang lengkap untuk memulakan kempen pemasaran SMS masing-masing. Saya susun manual ini dalam bentuk langkah demi langkah, dengan gaya penulisan yang lebih bersahaja.

Keistimewaan buku manual ini? Banyakkk… Salah satunya saya sentuh mengenai teknik pengiklanan SMS yang betul. Bagaimana membuat iklan SMS baik di akhbar, radio atau televisyen. Begitu juga saya kongsi juga beberapa statistik yang penting mengenai media pengiklanan. Sekiranya anda sangat ingin mengetahui pengiklanan di televisyen, manual ini mempunyai jawapannya.

Nantikan perkembangannya. Saya sasarkan agar Manual ini boleh berada di pasaran sekitar pertengahan Mei 2007.

2. Khidmat Perundingan
Saya telah membuat keputusan untuk mengubah pakej ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS dalam masa beberapa hari ini. Yang pastinya saya tidak lagi akan menawarkan pakej perkhidmatan perundingan kepada pelanggan baru. Jumlah pelanggan yang serius yang bertemu dengan saya menghampiri 30 orang yang menyebabkan saya rasa tidak cukup tangan untuk melayan permintaan yang baru. Saya akan cuba lebih fokus dan beri perhatian kepada pelanggan yang sedia ada, dan akan cuba menjayakan. Saya percaya, ukuran sesuatu kejayaan bukan semata-mata pada kuantiti, tetapi pada kualiti.

3. Autoresponder dan Affiliates Program

Saya sedang dalam proses memindahkan database autoresponder ke server yang baru. Sudah lebih sebulan perkara ini tertangguh. Kesuntukan masa dengan projek yang lain. Tetapi selagi tidak selesai, hati saya tidak tenang. Dah lama tidak berhubungan dengan anda.

Saya juga tidak dapat membuat pembayaran komisen untuk bulan Mac tepat pada masanya juga disebabkan oleh masalah sistem affiliates diserver. Penyedia perkhidmatan sedang menjalankan kerja-kerja pengemaskinian dan juga pemindahan data. Saya akan buat pemindahan wang sebaik sahaja masalah tersebut selesai dalam sehari dua. Kepada yang belum menyatakan nombor akaun CIMB atau Maybank, sila berbuat demikian untuk mempercepatkan proses pembayaran.

April hingga Jun merupakan bulan-bulan yang sangat mengujakan saya. Seperti yang saya pernah kongsikan, projek ini sedang memasuki gelombang kedua dan saya ingin pastikan momentum smswang tidak hilang. Inilah cabaran rupanya apabila kita melakukan sesuatu yang baru.

Wish me luck!

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply