KepadaNya kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali …
Hari ini hari yang menyedihkan untuk saya sekeluarga.
Minggu lalu saya berkejar ke Hospital Bentong apabila menerima perkhabaran pakcik dalam keadaan yang agak kritikal apabila menerima serangan jantung yang pertama. Beliau yang mulanya mengadu sakit dada, terus dikejarkan ke hospital, Enam jam kemudian, keadaannya masih lagi kritikal dan beliau dipindahkan ke Hospital Selayang. Serangan jantung yang pertama pada jam 3 petang tadi benar2 membuatkan pakcik tidak berdaya untuk melawan. Di usia 61 tahun, apatah lagi sebelum ini beliau jarang sakit, benar-benar mengejutkan saya.
Sehari di Hospital Selayang, membawa perkhabaran buruk apabila pakcik terpaksa di pindahkan ke CCU, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ibu dan makcik mula menjadi penunggu setia setiap masa di PPUM apabila pakcik menunjukkan keadaan yang semakin tenat. Kasihan pada Ibu dan Makcik yang bergilir-gilir melihat keadaan Pakcik, saya mula bersama-sama menjadi ‘penghuni’ PPUM. Kami bergilir membacakan doa agar Pakcik kembali sembuh.
Setelah 12 jam dimasukkan ke PPUM, pakcik dikhabarkan semakin tenat. Doktor yang memeriksa beliau awal-awal lagi telah menasihatkan supaya kami tidak memberikan harapan kepada pakcik. Tekanan darah semakin rendah, jantung semakin lemah. Kegagalan jantung menyebabkan organ dalaman lain juga gagal berfungsi kerana kekurangan oksigen.
Pakcik saya menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan keluarga disisi.
Pakcik yang sangat saya kasihi kerana beliau antara orang yang sentiasa menyokong usaha perniagaan saya.
” Iwan jangan lupa untuk tolong Ibu bila dah senang “
Itulah kata-kata pakcik yang akan sentiasa saya ingati.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pakcik. Al Fatihah…
** Saya meminta diri untuk menguruskan hal-hal keluarga beberapa hari. Maafkan saya kerana tidak dapat membalas email dan membantu kalian buat masa ini. Izinkan saya…