Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Saya pernah membuat posting menyentuh mengenai isu bagaimana untuk bermula dengan perniagaan dan pemasaran SMS. Saya faham kebingungan yang dialami oleh mereka yang baru tetapi berminat dengan bidang SMS ini. Bahkan saya sendiri sentiasa meletakkan diri saya sebagai seorang pelanggan dalam membuat keputusan.
Hari ini saya akan berkongsi email yang saya terima pada minggu lalu dari salah seorang rakan kita. Soalan yang hampir saya, tetapi kelihatannya beliau lebih berhati-hati dalam mengeluarkan wang. 🙂
Assalammualaikum saudara Irwan,
Saya XXXXX dari JB. Nak ajukan beberapa respon. Pertama, bila saudara nak buat seminar di JB? Adakah ebook dan manual pemasaran sms beserta buku pemasaran dan perniagaan SMS masih tidak mencukupi sebagai persediaan saya memasuki perniagaan berorientasikan sms? Kalau masih belum mencukupi, tidaklah perlu saya membeli dan hanya menunggu saudara datang ke negeri ini menganjurkan seminar. Saya menjadi serba salah sama ada saya mahu membeli ebook, manual pemasaran atau hadir sahaja ke seminar. Ini adalah kerana saya mahu wang yang saya bayar adalah setimpal dengan nilai peluang itu dan tidak sia-sia, saya sudah banyak membeli ebook yang berkisarkan mengenai ‘duit’, namun kesannya tidak efektif. Harap saudara respon semula. terima kasih.
XXXXXX XXXXX, Johor Bahru.
———————————–
Wsalam En XXXXX,
Terima kasih diatas soalan saudara.
Saya tidak merancangkan untuk menjalankan sebarang seminar di luar KL dalam masa terdekat atau tahun hadapan.
Saya sangat faham dilema yang saudara alami. Tidak tahu mana satu yang ingin dipilih. Bagi saya. sekiranya saudara tidak mempunyai sebarang asas, boleh mulakan dengan membaca ebook atau buku. Manual pemasaran tidak sesuai kerana ia mengkhususkan kepada mereka yang mempunyai pengetahuan dalam SMS. Hadiri seminar sekiranya saudara telah mempunyai pengetahuan asas dalam perniagaan SMS kerana dalam seminar lebih menjurus mengenai kaedah dan teknik dalam perniagaan SMS.
Secara mudahnya, anda boleh bayangkan anda ingin mendapatkan lesen memandu anda. Mana satu yang anda perlu lakukan dahulu ? Beli buku tentang lalu lintas, pegi kelas memandu, belajar memandu sendiri atau terus ke ujian memandu dengan JPJ?
Apa jawapan anda? Bagi saya, tentunya mana-mana satu adalah mungkin. Sekiranya nak beli buku panduan lalulintas pun boleh, nak pegi kelas memandu dulu pun boleh, atau kalau ada kereta tua bapa, kita boleh cuba memandunya. Bukankah begitu ?
Jadi untuk memulakan perniagaan SMS, apakah kemahiran atau pengetahuan yang saudara telah miliki ? Bagaimanakah anda ingin mendapatkan kemahiran tersebut ? Kalau anda telah rasa bersedia dan lengkap, anda tidak hadiri seminar SMS, malah tak perlu beli buku.
Soalan saya sekarang, apakah yang anda tahu tentang perniagaan SMS ? Sekiranya tiada, mulakan langkah pertama, walau apa langkah sekali pun. Kita bercakap mengenai ilmu dan pengetahuan. Tiada yang rugi dalam sekiranya semua maklumat yang perolehi adalah pengetahuan, bukan? Sesungguhnya tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.
Terserah pada saudara untuk memilih mana-mana produk atau perkhidmatan yang membantu.
Merujuk kepada pernyataan saudara yang mahukan wang yang dibayar adalah setimpal dengan nilai peluang itu. Saya tidak boleh menjawab secara tepat adakah nilai wang anda setimpal dengan apa yang anda perolehi kerana ini sangat subjektif.
Saya boleh andaikan begini. Semua orang pergi kesekolah, tetapi berapa ramai yang mencapai keputusan 5A dalam UPSR, atau perfect dalam PMR atau SPM? Adakah semua akan mencapai keputusan yang sama ? Sedangkan semua orang belajar dari darjah satu sampai tingkatan 5… 🙂
Tentunya tidak. Bergantung kepada usaha, daya dan pengetahuan yang menentukan keputusan peperiksaan.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, persiapkan lah diri anda untuk menambah ilmu terlebih dahulu. Itu adalah pelaburan yang lebih baik.
Perniagaan SMS sama dengan perniagaan yang lain. Untuk mendapatkan keputusan yang baik, perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Tiada jaminan berapa jumlah pendapatan yang anda perolehi sekiranya anda mulakan perniagaan SMS kecuali anda sendiri lah yang merancang perniagaan anda.
Asas yang kukuh menjamin perniagaan yang kukuh. Saya mendoakan saudara berjaya dalam apa jua perniagaan yang diceburi.
Salam Usahawan!
———————————–
Saya percaya bahawa En XXXXX saya mempunyai masalah yang sama. Malah lebih lagi. Ramai yang tidak tahu dimana mahu bermula, bagaimana, dan tiada gambaran dalam fikiran mereka.
Ini yang saya ingin tekankan. Bahawa industri perniagaan SMS ketika ini masih baru. Sangat sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai perniagaan ini di internet. Blog yang saya pernah lawati pun, kebanyakannya hanya berkisar mengenai perkara-perkara teknikal SMS. Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi.
Saya pernah katakan, perniagaan SMS ini berada di awal revolusi. Sama seperti pemasaran internet di Malaysia sekitar tahun 1999 dan 2000. Semuanya masih baru, dan segar.
Hanya satu yang boleh menganjakkan revolusi ini. Nantikan!
p/s : Terima kasih kepada En xxxxx kerana email tersebut. Kebanyakan email yang saya terima hanya setakat 1-2 baris yang tanya soalan tanpa adab. Maaf kepada yang terasa, tetapi saya tidak akan menjawab soalan-soalan sedemikian rupa. Itulah orang kita.. 🙁