Berjayakah Gathering WangCyber #1 ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

* Cabaran Penulisan Pendek : Hari ini saya tak pasti dapat menulis secara pendek atau tidak. Banyak point untuk dikongsikan dengan pembaca.

Hari minggu yang lalu berlangsungnya gathering komuniti WangCyber yang julung-julung kalinya. Tahniah kepada Shuth diatas usaha beliau.Bukan sahaja komitmen terhadap gathering ini, tetapi inisiatif mewujudkan forum WC itu sendiri. Sudah 3 tahun, semua orang akan mengakui usaha Shuth dalam membantu industri internet marketing di Malaysia.

Seperti yang saya jangkakan, tentunya banyak post oleh IM yang lain yang membuat liputan tentang gathering ini. Saya suka tengok blog orang lain dahulu, tengok gambar apa yang dipaparkan diblog mereka, dan membaca apa yang dicatatkan mengenai gathering tersebut.

Seperti yang dijangka kebanyakkan blog melahirkan rasa kesyukuran dan keterujaan dapat menghadiri gathering tersebut. Baguslah kedengaran seperti itu. Jadi saya bercadang untuk menulis sesuatu yang boleh membuatkan kita berfikir seketika tentang industri internet marketing ni dan isu2 yang berkaitan.

Walaupun saya hadiri juga gathering ini, hakikatnya saya bukanlah ahli WC yang aktif berforum. Jarang sangat sebenarnya. Kadang2 nak post sesuatu tread pun malas. Tak bermotivasi lah orang kata…. Saya cuma ahli internet marketing yang menggunakan internet untuk perniagaan SMS saya. Mahu atau tidak, saya pun adalah seorang IM juga 🙂

Tetapi kenapa saya jadi malas dan tak bermotivasi di forum WC ?

Banyak isu yang diutarakan lebih kurang sama sahaja. Tiada sesuatu bahan2 baru yang kita betul2 boleh dapati di forum. Itupun bahan2 disumbangkan oleh otai-otai IM. Apa jadi kalau otai2 tu sibuk dan tak sempat nak post sebarang tread baru tentang ilmu2 baru ? Akhirnya ahli2 forum yang junior, atau orang baru dalam IM yang biasanya memenuhkan ruangan sembang dalam forum itu.

Kadang2 ia meleret2 dan tidak berbentuk ilmiah langsung. Memang tidak salah untuk diselitkan dengan unsur2 yang menghiburkan. Memang tidak salah untuk berbincang secara santai, atau membuat iklan2 kecil mengenai perniagaan masing2. Tetapi sekiranya perbincangan terlalu ‘ringan’ ia akan menjadi faktor yang menyebabkan ‘otai2’ IM kurang berminat untuk terlibat secara aktif.

Cuba anda perhatikan semula dalam forum tu, ke mana hilangnya otai2 dalam forum tu ? Kenapa dorang menyepi ? Kenapa kadang2 dorang lebih suka memerhati dan mendiamkan diri? Kenapa mereka jarang kecoh2 dengan bercakap kosong dalam forum ?

Saya rasa jawapannya mudah. Mereka menjadi pemerhati. Bercakap (menulis) di forum bila perlu, bila benar2 ada satu isu yang perlu dibincangkan. Sekiranya isu remeh, mereka tak ambil ‘port’ pun nak berpartisipasi..

Pada pandangan anda, mengapa mereka menyepi ? Kerana tiada isu2 dalam internet marketing , atau kualiti perbincangan yang tidak menarik hati untuk mereka terlibat ? Saya rasa itulah sebabnya kebanyakan forum2 sebegini mempunyai ahli yang ibarat ‘patah tumbuh hilang berganti’. Mungkin cuma ada seorang dua (biasanya founder atau moderator) yang benar2 ‘hardcore’ dalam forum tersebut, tetapi kebanyakannya hanya datang ke forum bila ada masalah, tanya pandangan, mengiklankan perkhidmatan dan produk, mempromosikan sesuatu dan sebagainya. Self-centric!

Itu juga mungkin menjadi sebab mengapa penghuni forum ni ibarat chipsmore. Kejap ada kejap takder.. Ada gelombangnya, kejap2 ramai kejap2 kosong dan sunyi je.

Personally saya rasakan, perbincangan di kebanyakan forum di Malaysia kurang ‘kick’. Ramai yang sertai forum untuk “mendapatkan sesuatu untuk diri sendiri” @ selfish dan kurang pula menyumbang kepada perbincangan yang mempunyai nilai untuk dimanfaatkan oleh orang lain.

Anda mungkin tidak setuju dengan saya. Tidak mengapa. Itu cuma pandangan peribadi yang tiada nilai satu sen pun.

Berpuak-puak kah ahli WC ?

Disebabkan oleh itu, maka tentunya wujud beberapa puak dalam sesuatu gathering.

Puak #1 : Otai2 IM ni tak payah diperkenalkan lagi lah. Tak perlu sebut pun sapa nama. Kalau datang je gathering, orang akan hulur tangan salam. Biasanya otainya tak kenal sangat orang lain, tapi orang lain kenal kat otai ni. Mereka ni selalunya akan mendapat tumpuan untuk orang lain bertanya soalan. Mereka ibarat gula, kat mana ada mereka, orang lain pun akan kerumun lah kat diorang. Otai2 ni biasanya akan sembang dengan otai2 juga pada permulaannya, dan kemudiaanya baru akan bersembang dengan orang lain. Mereka ini evergreen kerana terdapat satu pencapaian mereka dalam IM yang mengkagumkan.

Puak #2 : Golongan IM yang memang dah mula berniaga di internet. Mereka telah memulakan sesuatu dan mula mendapat rentak. Mungkin telah mula mendapat pendapatan dari internet dan ingin memperolehi lebih lagi. Mereka target untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu baru dan segar, lebih2 lagi cadangan2 dari otai. Biasanya mereka ini kurang sikit pemalunya, dan akan mula mencari peluang bersembang dengan otai bila ada masa. Kalau nak kenal dorang ni, biasanya bila otai2 bersembang mereka ni akan berdiri ditepi dan mendengar butir perbualan. Tiba masa, mereka pula akan buka mulut.

Puak #3 : Golongan IM baru. Selalunya mereka rasa kecik je dalam setiap gathering atau perjumpaan. Jadi mereka cenderung untuk berkenalan dengan mereka yang newbies juga. Biasanya mereka hadir ke gathering untuk mendapatkan sesuatu untuk memulakan perniagaan internet. Atau mungkin matlamat mereka dapat berjumpa otai2 yang boleh membantu mereka kelak. Sebab mereka ni terasa mereka ni ‘kecik’ je, mereka ni akan segan pulak nak tegur otai2 IM. Nak kenal dorang ni senang je. Selalu berbual sesama mereka sahaja atau bila otai2 bersembang dalam kumpulan kecil, mereka akan berdiri hampir dengan kumpulan. Bila kumpulan berpecah, golongan ini juga akan angkat kaki sebab tatau nak tanya soalan apa kepada otai! Semua macam tak kena je nak tanya….

So anda berada di puak yang mana pada hari gathering tu ? 🙂

Tak salah pun sebenarnya. Memang kalau dalam apa2 majlis, kita lebih cenderung dan selesa bersama dengan rakan yang kita kenali. Lagi pun proses untuk mengenal orang baru memakan masa.

Tetapi kalau ini berterusan, saya rasa gathering itu tidak lebih sebagai tempat untuk berjumpa dan bersembang je. Makin lama, mungkin otai2 juga tak berminat dengan gathering ini. Mungkin apa yang saya jangkakan ini tidak benar sama sekali, tetapi saya boleh buat andaian kemungkinan ia berlaku. Mungkin juga gathering WC ini adalah yang pertama, jadi mungkin ramai yang menyertainya untuk ‘tengok dan lihat’ apa sebenarnya di dalam gathering ini.

Apa Seterusnya Untuk Warga WC ?

Alhamdulillah, kita sempat selitkan sesi forum bersama panel2 Sabri, Gobala dan Yusri. Dan juga special appearance Dr Irfan Khairi dapat memberikan sesuatu kualiti input dalam gathering kita pada kali ini.

Disebabkan oleh terdapat pelbagai puak, jadi di mana ingin kita cari keserasian dalam mengadakan gathering supaya memberi manfaat kepada semua ? Yang lebih penting, gathering ini terus menjadi tempat pilihan untuk bertemu kerana terdapat elemen2 yang ‘tak boleh dilepaskan’, atau terasa rugi kalau tak pergi.

Tentunya setiap gathering mestilah mempunyai X-Factor yang boleh terus menarik warga WC untuk hadir. Kalau terlalu memberi tumpuan kepada Puak #1, maka Puak#3 akan terasa terpinggir. Kalau terlalu fokus kepada Puak #3, puak #1 mungkin akan hilang minat dan nikmat untuk bergathering lagi..

Jadi apa yang kita boleh kita lakukan untuk memastikan 82 orang yang hadir gathering yang pertama akan tetap hadir ke gathering yang seterusnya ?

Cadangan 2 sen …

Pandangan 2 sen saya.. Kita kene wujudkan elemen yang mempunyai kepentingan untuk setiap puak diatas. Contohnya, dikalangan otai ini mungkin mempunyai ‘sesuatu’ untuk ditawarkan kepada semua. Contohnya kita lihat ketika gathering ada meja yang menjual buku dan CD. Kita lihat juga otai2 ini mula keluarkan ‘barang baik’ masing2. Menawarkan khidmat dan produk mereka. Ini sebenarnya satu cara yang paling murah dan berkesan kepada otai untuk memasarkan produk mereka. Tempat yang sempurna, niche dan fokus.

Konsep ni sebenarnya dah banyak berlaku di luar sana. Cuba anda tengok sesuatu ekspo perniagaan. Selain ada seminar, taklimat dan talk, mesti ada booth2 yang dibuka untuk hadirin. Nampak tak konsepnya ? Ia juga menjadi medan jual beli dan tempat terbaik utk JV dan close deal. Otai2 ni saya berani gerenti, mereka mencari sesuatu yang boleh buat duit, dan mengembangkan perniagaan. Mereka ini kurang berminat dengan isu2 asas. Mereka suka dengan peluang mencari duit.

Ketika gathering otai akan berkesempatan melayan soalan2 ahli2 yang berminat dengan produk dan perkhidmatan mereka. Dan kepada mereka yang berminat, boleh berjumpa terus dengan otai2 tersebut. Contoh yang saya lihat seperti yang dilakukan oleh saudara Zamri Nanyan dengan menawarkan peluang kepada ahli IM yang berminat untuk jadi penulis, En Fauzul yang mempromosikan perkhidmatan kepada mereka yang ingin menerbitkan buku sendiri, En Najib untuk mempromosikan CD sendiri.

Jadikan ia market place. Tempat berdagang sambil bergathering 🙂

Ramai lagi IM yang sebenarnya boleh memperdagangkan produk mereka. Faisal Isa dengan copywritingnya, Kartunis Ubi dengan kemahiran melukis kartunnya, En Zaki dengan tempat latihan dan seminarnya, Labanon dengan MajalahIM nya, Noorizam dengan KuasaLelongnya dan mungkin Catzer dengan skill ‘menembak’nya, juga Galadriel dengan pelbagai skil dengan international internet marketingn, Yusri dengan JomSeminar.comnya Banyak lagi produk2 yang boleh kita showcase kan sebenarnya. Mungkin ketika gathering adalah peluang untuk beri diskaun istimewa kepada mereka yang berminat!

Takkanlah tiada langsung ahli2 yang berminat pada kemahiran IM tempatan kita ? Tentu ada!

Dengan cara ini, gathering ini bukan sahaja menjadi tempat untuk berkenalan2 dengan mereka ini, tetapi juga menjadi tempat untuk bercerita mengenai produk masing2.

Jika ada urusniaga yang berlaku, semua orang tentunya akan berminat nak datang ke gathering.

Kita juga boleh buat aktiviti satu hari jika perlu. Kita buat aktiviti yang menggabungkan antara ahli2 dari pelbagai puak tadi. Berbincang dan duduk bersama. Mungkin membuat pembentangan kumpulan dan sebagainya. Diakhirnya mungkin diakhiri dengan sedikit aktiviti riadah ringan seperti bowling atau cabutan bertuah.

Dengan kepelbagaian aktiviti, kita dapat mendekatkan ahli WC itu sendiri. Dari malu2, mungkin boleh bercakap2. Dari hanya kawan, mungkin boleh menjadi satu JV. Yang newbie akan kenal otai, dan otai juga boleh menunjukkan ‘keotaian’ mereka yang sebenar.

Ini dapat memastikan semua ahli WC memperolehi sesuatu dalam setiap gathering. Apabila semua puak telah bersatu, saya percaya gathering WC akan menjadi acara tahunan yang akan sentiasa dinanti2kan.

Iyalah. Bercakap itu murah, nak buatnya tak senang. Tapi lebih baik cakap dan pasangkan niat. Insyallah satu hari nanti ia akan menjadi.

Saya sentiasa mendoakan kejayaan WC.

Anyway, post saya kali ini tidak mempunyai sebarang gambar. Kalau anda nak lihat gambar, boleh rujuk kepada beberapa link di dalam sahabat IM yang lain.

Kepada catzer , “Hulurlah gambar2 yang ada dalam SD tu”.

p/s : Saya menulis bukan untuk kondem WC, tetapi pandangan peribadi saya untuk meningkatkan kualiti supaya WC terus releven sebagai penyumbang kepada perkembangan internet marketing di Malaysia.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply