Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selepas membaca beberapa post di blog Sham, dan juga luahan hati mangsa , saya rasa terdetik untuk menulis beberapa post mengenai asam garam perniagaan SMS. Banyak hal2 perniagaan SMS ini telah tersurat, langkah dan kaedah menjalankannya banyak telah diperolehi, pelbagai2 aplikasi telah ditunjukkan malah, ramai juga yang telah menceburkan diri, kononnya menjadi usahawan SMS.
Satu perkara yang mungkin tidak terdapat rujukan dimana-mana adalah tentang hakikat sebenar perniagaan SMS. Biasanya mereka yang telah terlibat sahaja tau, seronok dan kecewa tentang perniagaan ini.. Hanya mereka yang terlibat sahaja akan tahu pahit manisnya perniagaan ini. Jangan ingat seronok je… 🙂
Sebagai sumbangan yang tidak seberapa, saya ingin buka kategori baru selepas ini dalam blog.Saya panggil sebagai SMS Bisnes 101. Dalam ketegori ini, saya akan cuba menulis semampu mungkin pengalaman perniagaan dan pemasaran SMS yang pernah saya jalankan. Semoga post saya ini akan menjadi iktibar dan bahan rujukan kepada anda yang ingin atau belum berkecimpung dalam perniagaan SMS. Kepada mereka yang telah dan sedang dalam perniagaan SMS, saya alu-alukan komen anda supaya kita dapat bertukar2 fikiran.
Kepada Megat, saya sangat bersetuju mesti terdapatnya satu platform untuk semua bekerjasama untuk menyebarkan maklumat2 yang tulen mengenai baik-buruk sesuatu perniagaan. Kita dah tak larat nak dengar makcik, pakcik yang bergadai untuk ceburi perniagaan yang hanya mengkayakan satu pihak. Kita dah muak dengar rintihan rakan yang menyesal tak sudah bila melabur ke jalan yang salah.
Satu perkara yang seorang sakit hati adalah tentang jumlah peratusan share yang telco amik dala setiap caj reverse billing SMS. Sehingga kini DiGi 30% + 0.07 , Maxis 42% (bermula Januari 08) dan Celcom 54%.
Yang ironinya , telco yang paling banyak amik percentage adalah telco yang paling ‘lembab’ dari pelbagai sudut. Mutu perkhidmatan, pembayaran, customer support boleh saya katakan ‘hampas’ jugalah. Keciwa sungguh! Tak payah nak cakap la ya tuan-tuan, memang anda tau la telco yang mana. (harap2 telco tu baca la post saya kat blog ni, dan perbaiki la perkhidmatan agar padan dengan percentage yang korang makan!)
Berbalik kepada soalan, kenapa telco ni amik banyak sangat? Apala special sangat dorang ni boleh suka2 hati amik banyak macam tu?
Beberapa statistik betapa ‘mewah’ nya industri telekomunikasi di Malaysia :
– Pengguna rangkaian komunikasi naik menjadi 21 juta pengguna pada 2007 hanya dalam masa 10 tahun ! Kalau sorang pelanggan guna 1 SMS sehari, maka telco kenyang bangat!
– Sektor komunikasi menyumbang 21.3 billion kepada ekonomi negara iaitu lebih kurang 3.7% GDP negara. Padahal dalam industri telekomunikasi hanya setahun jagung, tapi sumbangan kepada negara SANGAT besar dan pantas!
– Sektor telekomunikasi menjana 51,000 tenaga kerja di Malaysia. Cukup banyak untuk menyebabkan kerajaan bukak mata betapa sektor ini tidak boleh diperkecilkan.
Siapa yang kenyang ? Tentulah telco. Kalau anda mempunyai perniagaan yang kaya raya dan maju seperti telco tu, mahu dan sanggupkah anda kongsikan sedikit dengan apa yang anda dapat dengan orang lain ? Heheh.. Tak semua orang pemurah..
Begitu juga telco. Tahun demi tahun mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Kos2 pengiklanan dan penajaan bukan murah. Tetapi kini terbukti mereka telah berjaya. Siapa antara kita yang tak kenal Celcom, DiGi dan Maxis ? Secara automatik, kalau jenama mereka sudah terkenal, mereka mula menguasai industri.
Dengan lesen telekomunikasi yang hanya diberikan kepada beberapa buah syarikat, telco menjadi semakin kukuh dengan kuasa monopoli tanpa risaukan persaingan.
Mereka dah cukup ‘kaya’.
Disebabkan mereka ini yang terlalu kaya inilah, ramai pula yang teringin nak turut serta. Bila kerajaan tak keluarkan lesen, tiada cara lain bagi mereka yang berminat melainkan mewujudkan satu bentuk ‘kerjasama’ dengan membuat penyambungan kepada telco.
Oleh itu, wujudlah syarikat2 yang dikatakan sebagai gateway provider (GP) dan content provider (CP) . Sebagai syarat, mereka sanggup untuk mengikut segala peraturan yang telco tetapkan. Maklumlah, telco ni tentulah jual mahal sebab hanya ada 3 syarikat sahaja yang memonopoli . Kalau GP/CP tak nak comply dengan syarat mereka, mereka boleh ditunjukkan pintu keluar. Berlagak sungguh! Dikatakan agreement antara telco dan gateway provider pun macam bias kepada telco!Tapi bolehkah kita menjerit2 tak puas hati dengan percentage yang telco amik ? Boleh kah agaknya kita protes sekiranya telco tetap berkeras ingin menaikkan peratus share dalam trafik SMS sedangkan kita yang beriya-iya mahu membuat sambungan sistem dengan telco walau apa syaratnya?
Dari segi perspektif telco, mereka merasakan mereka mempunyai hak mutlak.
Dari perspektif GP/CP, ini tidak ADIL! Bagaikan timun lawan durian, David versus Goliath dan sewaktu dengannya.
Sekarang telah wujud MMCP (Malaysia Mobile Content Provider Association). Dengan harapan persatuan dapat mempertahankan hak-hak gateway provider dari terus dipijak-pijak oleh telco yang bongkak. Dan sekurang-kurangnya, bila adanya persatuan, MCMC tidak lah terlalu cenderung kepada komplen pelanggan yang hanya tahu mengadu tanpa tahu apa yang berlaku. Harap2 suara2 yang mempertahankan kita akan mula kedengaran!
Apapun, sebagai GP/CP, kita hanya boleh bermuafakat dan berbincang secara diplomasi dengan pihak telco. Mungkin dengan adanya MCMC menjadi orang tengah untuk membantu kemelut yang mencengkam kebanyakan GP/CP.
Apa yang boleh dirumuskan, sebelum anda terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan SMS, ketahuilah bahawa telco mempunyai hak mutlak dari segi setiap sen dan juga trafik yang masuk ke dalam server mereka. Kita boleh pertikai, tetapi mereka ni ‘terlebih lemak’ yang kadang2 susah untuk kita menegakkan hak kita sebagai GP/CP.
Kalau anda menjadi CP, jangan salahkan 100% GP sekiranya perkiraan pendapatan anda bukan 100% seperti yang anda kirakan. Sebenarnya GP juga tersepit dengan karenah telco yang seperti ‘besar kepala’ dan susah hendak dijentik kerana dah terlalu berkuasa!
Sekiranya satu industri, kita bersatu. Kita perbaiki dimana kepincangan. Kita pertahankan hak kita secara bersama. Jangan satu jari asyik menunding orang kerana 4 lagi jari sedang menunding diri sendiri!