You are currently viewing Projek Penginapan Murah Glasgow Malaysian B&B

Projek Penginapan Murah Glasgow Malaysian B&B

Insyallah, pada bulan September 2015 aku akan lancarkan projek baru. Projek yang aku panggil sebagai Malaysian Muslim B&B. Untuk makluman, B&B bermaksud Bed & Breakfast dimana menawarkan penginapan bilik bagi tetamu dan traveler yang kurang dari 3 orang. Bahasa mudahnya aku nak buat penginapan murah di negeri Scotland khususnya di Glasgow untuk orang Malaysia. Sebelum ini aku ada juga sediakan penginapan homestay kepada rakyat Malaysia yang datang ke Glasgow dibawah projek Homestay Glasgow ala Malaysia. Tapi  yang ini untuk kumpulan 6 orang ke atas.

B&B ni pula untuk kumpulan kecil  untuk pengunjung Muslim yang mencari penginapan murah Glasgow atau Scotland, ia merupakan tempat tidur yang selesa beserta en-suite bilik air, wifi, parking percuma dan sebagainya. Jika perlukan perkhidmatan ke airport atau keperluan berkhemah di seluruh Scotland, perkhidmatan ini akan menjadi complementary service kepada B&B ini.

Ah! Banyak pula bocor cerita projek ini. Cukup disini teaser aku bagi.

Insyallah, aku akan update dari semasa ke semasa.

***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE PAGE di bawah.

***************************************************************************************************************************

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has One Comment

  1. Eily

    Salam. Saya berminat untuk menginap di B&B ini dari 15 – 18 September 2015. Dah mula beroperasi ke? Terima kasih.

    Salam Eily : Yeap. Its ready! Waiting for your visit. Reservation done!

Leave a Reply