Sensasi 1
Saya memang minat abes Crocodile Hunter @ Steve Irwan Irwin tu.Tapi bila saya baca Yahoo! News semalam yang benar2 mengesahkan kematian beliau, saya terpaksa percaya. Sebelum ni ada khabar2 angin yang Irwin dah mati di baham buaya..Cerita karut tu saya tak percaya sebab saya tengok Irwin masih seronok dengan alam buaya dan binatang2 nya. Tapi this time, Irwin betul2 meninggal… And this time, for REAL!! Takder khabar2 angin dah.. Semalam pun saya turned TV RTM dan TV3 menyiarkan kesahihan berita kematian beliau. Channel TV lain saya tak pasti.
So, hakikat ini saya terima. Dah tiada lagi ‘orang gila’ macam Irwin yang melompat2, berlari2 mencari nahas bermain dengan binatang yang ‘jinak’ .. He will be remembered anyway… Mungkin ada tak dukun2 buaya Malaysia yang boleh buat dokumentari macam Irwin ??
Sensasi 2
Dah lama saya mengikuti perkembangan calon2 angkasawan Malaysia pertama. So semalam, Pak Lah dah umumkan 2 finalist yang akan mengikuti latihan dan ujian 12 bulan di Rusia untuk menentukan siapa wakil Malaysia utk keluar dari orbit bumi selepas 2 hari Malaysia menyabut ulang tahun yang ke 50 tahun. Bagi saya berita ini sensasi disebabkan saya rasa lepas2 ni susah betul nak cari peluang @ berita tentang angkasawan Malaysia. Ini pun dapat pergi sebab timbal balas kerajaan Rusia sebab Malaysia beli jet dari mereka. Kalau nak hantar sendiri, saya rasa baik duit yang digunakan kerajaan belanjakan untuk naik taraf pengangkutan awam. 🙂
True confession, saya juga salah seorang dari 10,000 orang yang memohon nak jadi angkasawan. Tapi mungkin disebabkan saya ni tak cukup kelayakan @ ‘tak cukup bagus’ saya tak dapat masuk. 🙂 Saya kagumi kebolehan kedua2 calon finalis kita. Dr. Seikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed. Memang layak!
Sensasi 3
Saya akan buat ‘pendedahan‘ perniagaan berasaskan SMS… Ehh… Bukan nak ajak korang join affiliate ke ape… Cuma sape2 nak try buat business seperti ringtone, games malah nak buat konsep macam AFUNDI tu mungkin boleh membantu.Siapa2 yang berminat untuk belajar kaedah dan cara nya, rajin2 la datang jenguk blog saya yaaa!!