Salam Sejahtera,
Semalam, hari yang penuh untuk saya. Lepas Subuh terus ke pejabat. Seawal 9am, saya sudah mempunyai appointment yang pertama. Ada 4 appointment untuk diisi di siang hari.
Seawal jam 9 pagi juga saya menerima mesej dari FayZ Syokkahwin.com.
“I’ve got invitation to Cari Menantu Akad Nikah tonite at PICC. Wanna come ?”
SMS beliau berbunyi demikian. Aduh! Apointment dah penuh sepanjang hari, kemudian malam pula attend jemputan. Memandangkan saya tahu bahawa ini adalah prospek projek yang sangat baik, maka saya memberi kata setuju kepada FayZ.
“Dress code pakai baju Melayu!”
Aduh! Baju Melayu la pulak. SMS orang rumah mintak tolong preparekan apa yang patut. Since appointment yang terakhir adalah pada jam 5.30 pm di Puchong, jadi hanya sempat singgah di rumah sekejap, amik baju melayu. Nasib baik semua dah gosok dan siap berbutang baju. Phewww!
Sampai sana, rilex sekejap, tarik nafas. Somehow meet my ex schoolmate @ photographer, Nizam. Nizam ada kat situ jadi cameraman sukarela while wife dia, Awin jadi make up artist utk pasangan pengantin. Secara automatiknya, projek saya kali ini dah ada photographer. FayZ lega abes since dia sendiri tak prepare utk amik gambar. 🙂
9.30pm rancangan Cari Menantu Akad Nikah go live on TV9. Saya malas nak masuk (kalau tak masuk TV la saya semalam) sebab ada appointment dengan kawan sorang lagi kat Putrajaya till 11pm.
Saya sampai rumah around 12.40 at midnite. Tapi terasa sangat puas! Puas kerana :
1. Buku SMS yang saya telah tulis mendapat testimonial yang baik dari TKP Keusahawanan Mara 🙂
2. Saya sempat jumpa dengan Media Prima client service group untuk mendapatkan slot iklan utk projek akan datang saya
3. Saya dapat bahan tambahan untuk Manual Pemasaran SMS saya. Oh ya! Saya sedang menyiapkan manual pemasaran SMS untuk pelanggan saya. Saya cuma perlukan masa dalam 2 minggu lagi untuk menyiapkannya. Nantikan!
4. Fai hubungi saya untuk menyertai cabaran “King Of Affiliates In 60 Hours”. Saya ucapkan terima kasih atas jemputan tersebut. Cuma saya ni otai IM ke? :). Anyway, saya mintak maaf tak dapat nak actively participate utk cabaran tersebut. Sangat pack jadual sampai akhir bulan June. I wish all the best to Fai and Labanon!
5. Jemputan FayZ membuatkan otak saya tidak berhenti berpusing dengan ligatnya! Kehadiran ke majlis akad nikah Cari Menantu memberikan saya satu penyelesaian yang saya cari-cari. Saya perlu buat sedkit kajian. Kalau betul perkiraan saya, maka saya akan terus sibuk dengan ‘projek yang masuk bertimpa2’ sehingga akhir tahun. 🙂
Saya terpaksa buat catatan peribadi tentang apa yang saya dapat semalam. Idea + ilham hanya terlintas sekali. I need a rest.
Selamat Berhujung Minggu!
p/s : Jangan lupa tengok Grand Finale Persandingan Pengantin 3 Serangkai rancangan Cari Menantu di TV9 pada hari Sabtu. Jangan lupa hantar SMS anda untuk mengundi dan hantarkan ke 33999 🙂