Salam Sejahtera,
Saya ada poskan beberapa minggu lepas mengenai kertas kerja mantap , mengapa dan kenapa kita memerlukannya. Perlu diingat, kertas kerja disediakan untuk audiens atau pembaca yang khusus. Kenali audience anda. Apabila anda sudah tahu siapa, anda perlu memberi penekanan yang lebih dalam bab-bab yang khusus. Sebagai contoh, sekiranya kertas kerja saya disediakan untuk penilaian pelabur, saya perlu tekankan apakah keistimewaan produk dan perkhidmatan saya, bagaimana saya boleh memenangi persaingan, berapa jumlah pelaburan yang saya perlukan, dan berapa pulangan yang pelabur bakal perolehi.
Sebenarnya masa yang paling lama dalam menyiapkan kertas kerja perniagaan adalah MENGUMPULKAN MAKLUMAT.
Terdapat pelbagai ‘mazhab’ atau kaedah penyusunan kertas kerja.Tetapi boleh dibuat kesimpulan bahawa kebanyakan kertas kerja boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian
1. Isi Kandungan
2. Ringkasan Eksekutif
3. Jenis Perniagaan
4. Produk atau Perkhidmatan Yang Ditawarkan
5. Pasaran dan Persaingan
6. Perancangan Pemasaran
7. Perancangan Operasi
8. Ramalan Jualan dan Kewangan
9. Analisa Kewangan
10. Apendiks
Biasanya, setiap format kertas kerja adalah berbeza mengikut organisasi, tetapi tetap merangkumi chapter yang disebutkan diatas. Mungkin perbezaan ketara adalah dari segi persembahan, fokus atau penekanan dalam bab2 khusus.
Kita akan bersambung lagi dalam kertas kerja mantap dengan huraian mudah bab2 diatas. Jumpa lagi.