Artikel ni saya baca just before nak keluar rumah on Friday morning. Agak ironi.. tapi, itulah business life…
Anda semua yang meminati reality show usahawan mestinya menonton The Apprentice. Sekaang ni dah musim ke 5 dan musim ke 6 dijangka pada Januari tahun hadapan. Antara rancangan reality yang saya jarang miss.
Anda yang juga pernah menonton rancangan ini tentunya kenal dengan Carolyn Kepcher. Kalau anda lupa, saya ingatkan. Carolyn adalah ‘wanita besi‘ dan orang kanan Donald Trump dalam setiap episode (selalunya) yang selalu berada dalam board meeting untuk pecat salah seorang peserta. Masih tak ingat ? Tengok gambar kat bawah ..
Kali ni giliran Carolyn pula kene pecat! Perkara ini disahkan oleh wakil Trump sendiri apabila memberi kenyataan ” Mr Trump wishes Carolyn the best” kepada pihak media. Sepanjang bersama Trump, Carolyn bertanggungjawab terhadap padang2 golf Trump tetapi lebih popular dan menonjol dalam siri The Apprentice sejak tahun 2004. menurut akhar New York Post, Carolyn dipecat kerana Trump kecewa dengan prestasi Carolyn dalam melaksanakan projek2 luar.
Trump juga dikatakan tidak senang dengan Carolyn apabila menjadikan kepopularitian Carolyn sebagai ‘bahan dagangan’ seperti penerbitan buku Carolyn 101: Business Lessons from The Apprentice’s Straight Shooter dan juga mengenakan bayaran terhadap ucapan yang disampaikan! Perkara ini juga dikaitkan dengan penyertaan Ivanka, anak perempuan Trump sendiri dan Donal trump Jr. untuk menggantikan George Ross dalam rancangan The Apprentice musim baru.
Aha! Amacam usahawan sekelian ?? Kene beringat dalam perniagaan, tak selalunya orang yang kita percaya boleh dipercaya. Donald Trump quoted “Nothing personal, it’s strictly business!”