Lebih 2 tahun aku share office dengan John. Tapi sejak minggu lepas masuk orang baru. Ahmed dari Arab Saudi.
Aku pun kenalkan diri. Dari Malaysia. Hulur tangan salam.
“Saya dihantar oleh universiti Arab ke sini. Ditaja penuh.”
Amboi! Cakap gaya hebat. Macam koro sangat aku ni rasa. Terowong hidung kau aku boleh nampak sampai ke hujung. Punya kau dongak, berlagak ya amat.
Mungkin sebab aku orang Malaysia, atau mungkin dia orang Arab yang aku kenal memang muka berlagak tahap dewa. Pandang orang Asia lebih lekeh agaknya.
Dia terasa bangsa terpilih. Kalau kau sampai tanah Arab kau tentu faham perangai bangsa dia ni. Kasar. Memang aku tidak gemar.
Dalam aku asyik komplen banyak, tetiba jam 1.30pm tadi dia keluar bila aku tengok kawan sebangsa dia datang.
Sembang kuat bahasa Arab. Mahu keluar lunch la tu agaknya. Tetapi beberapa minit kemudian Ahmed masuk balik.
“ID. You dah solat belum? Kami mahu berjemaah. Mahu ikut?”
Allahu. Aku tidak sangka pula dia berpatah balik hanya mahu ajak aku solat sekali. Insaf aku. Mata kusyuk pandang skrin komputer, tapi fikiran aku sudah ke laut. Malu woih.
Kekadang ada kita burukkan bangsa lain. Pukul rata macam semua orang sama. Tapi kita lupa agama dengan suku bangsa itu tidak serupa.
Teringat aku Bangla yang selalu dipandang sebelah mata. Macam-macam orang kata. Tapi dia juga yang penuhkan surau dan datang tanpa lupa. Sedang anak-anak kita masih leka main basikal pagi jam 3.
Seburuk bangsa dia, sekurangnya ada orang boleh mengingat waktu solat. Mana tahu esok lusa mengingat masa mati lebih berat.
Bila Tuhan mahu beri ingatan, boleh dari macam bantuan atau dugaan. Kita sahaja yang kena selalu perasan. Hati yang baik itu datang dari pelbagai bangsa dan keturunan.
Moga kau dibalas syurga kelak ya Ahmed. 2.6b untuk aku mana?
Catatan kembara #208
Irwan Dahnil
Arab Brotherhood sekarang
Gelasgow, Tanah Scotland.
Nota : Kau nak SHARE silakan aje. Tidak perlu mohon kebenaran. Boleh klik butang Follow Irwan Dahnil kalau mahu cerita kembara yang kau terlepas.
Aku nak tido dah. Good nite everybody!