You are currently viewing Catatan Kembara #213 : Buku Lost in Sekutland

Catatan Kembara #213 : Buku Lost in Sekutland

Aku dulu ada kasi kata manis sama penerbit. Target followers aku sampai 30K sebelum buku terbit. Huhu.Masih belum sampai. Tapi alhamdulillah hampir 400 naskah preorder diterima. 1.5% follower convert jadi pembeli. Luar jangka.
.
Buku aku terbit sebelum Pesta Buku Antarabangsa KL. Aku fikir mahu datang, sebab kehadiran penulis dapat meningkatkan jualan buku. Pun tidak kesampaian. Tapi alhamdulillah, carta jualan buku Lost in Sekutland naik ke tangga kedua.
.
Sampai sekarang, aku masih belum pegang buku aku sendiri, sedangkan orang sedang berseronok belek Lost in Sekutland. Aku terpaksa buat buku mock-up untuk siaran akhbar nanti. Sedih woih.
.
Tuhan mahu beritahu, jika buat buku bukan untuk aku. Tapi untuk kau si pembaca. Manfaat dia untuk orang yang mahu berusaha. Iqra.
.
Banyak sebab untuk kita bersyukur kan? Moga Tuhan murahkan rezeki untuk kita. Dia tahu sukatan rezeki kita semua, tidak perlu kita bimbang apa.

Selamat Hari Cuti, wahai pekerja.

Buku aku boleh diperolehi ketika Pesta Buku Antarabangsa K.Lumpur

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Jangan lost bila rezeki Tuhan bagi
Isle of Bute, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply