Kurang lebih 3 bulan buku Lost in Sekutland diterbitkan. Pejam celik, aku sendiri tidak sempat berkongsi cerita buku ini di dalam blog. Kali ini aku sharekan sedikit. Kira macam up close dan personal tentang buku ni.
Bila aku baca buku travelog orang yang ada di kedai buku, banyak tentang panduan tenntang sesuatu tempat. Pun ada sikit pengalaman penulis yang berada di sesuatu tempat dalam satu masa.
Aku rasa seperti tidak lengkap. Takkan itu sahaja ?
Jadi aku himpunkan 3 perkara utama dalam buku Lost in Sekutland.
Yang pertama tentang budaya Timur yang terkenal dengan adab susilanya, tetapi semakin tertinggal dari segi praktikal dalam kehidupannya.
Yang kedua aku share tentang catatan kembara aku sepanjang 3 tahun di Eropah.
Yang ketiga aku berikan tips penting dari pengalaman aku berhijrah ke Scotland.
Ia setebal 228 halaman (termasuk kulit buku), terbitan Komrad Buku. Kau boleh cari buku ini di kedai buku utama seperti MPH, Kinokuniya atau Popular Book Store. Atau kau boleh beli sahaja onlline disini.
Aku harap buku ini dapat beri manfaat kepada semua. Sebenarnya aku sendiri tidak menyangka buku ini terhasil lebih awal dari yang aku jangka.
Selamat membaca
Irwan Dahnil
Glasgow, Scotland (Sekutland)
Tahniah…semoga terus berjaya menghasilkan buku yang kedua pula.
Terima kasih!