You are currently viewing Catatan Kembara #232 : Erti Bahagia Di Luar Negara

Catatan Kembara #232 : Erti Bahagia Di Luar Negara

Bila aku tulis tentang kehidupan bersederhana di luar negara, ada juga sudi PM tanya soalan.
.
“Kalau ada banyak wang pun untuk apa kalau bukan untuk dinikmati?”

Betul juga. Bila ada duit, mestilah mahu reward diri sendiri. Hidup mesti dinikmati ye dak? Enjoi.

Ada beberapa perkara yang aku rasa berbeza tentang nikmat dalam kehidupan di luar negara. Apa aku akan buat bila duit sudah banyak?

Fikir panjang.

Aku rasa aku tidak kaya. Tapi aku bahagia.

1. Memang betul beli material kekadang syok juga. Tapi ia tidak tahan lama. Sekejap sahaja kita sudah lupa. Bahagia material cuma nikmat sementara.

Selepas beberapa lama, kita akan kembali rasa tidak cukup. Baju mula lusuh, kereta kita bukan lagi model terkini. Dan mula mencari material lain. Episod tidak cukup, berulang lagi.

Tapi sampai bila ?

2. Entahlah. Dulu muda mungkin ada juga rasa nikmat beli baju berjenama, kereta lebih besar, flight kelas pertama dan tidur di hotel bintang lima.

Tapi aku rasa itu tidak hakiki. Tidak kekal lama.

Minum kopi mahal okay sahaja, tapi hantar duit ke kampung berkira.

Pakai baju suit kemas di pejabat, tapi di rumah pakai kain pelekat.

Beli kereta hebat, tapi harga minyak naik kita melompat.

Kita hidup ini mahu impresskan siapa sebenarnya?

Aku rasa sebab itulah ramai yang tidak kaya. Bila kita dapat duit, anggap ia untuk belanja kepada entah apa benda.

3. Kajian mendapati kekayaan yang diwarisi tidak kekal lama, cuma sehingga generasi ketiga.Mereka yang tidak pernah kerja keras, akan hanya pandai habiskan duit.

Mengurus duit sama penting dengan mencari duit.

Kita beli kereta mewah, tapi terpaksa OT bagai takut hujung bulan mahu bayar jadi mengah.

Kita cakap duit tidak penting, tapi selalu juga kerja 7 hari seminggu, part time, sampai 2 3 kerja. Cari duit tertonggeng-tonggeng.

Kita kerja sampai sakit badan untuk cari duit, tapi sampai masa guna duit untuk beli ubat kesihatan.

Tunggang terbalik.

4. Jadi aku pilih yang sedang sahaja. Biarlah hidup sederhana, tapi rasa bahagia. Sungguh, belum pernah aku rasa sebahagia ini, walau banyak benar kurang serba-serbi.

Tidak semua orang sama. Cara kita nikmati hidup berbeza.

Sebaliknya, apa yang membuatkan aku gembira apabila melihat anak-anak ketawa dan bermain dan dapat pendidikan yang baik.

Apa yang membuat aku gembira adalah apabila melihat bila usaha aku memberi suka dan inspirasi pada orang lain.

Apa yang membuat aku sangat gembira bila baca mesej bagaimana buku dan catatan kembara telah menyentuh dan beri ilham kepada kehidupan seseorang.

Apa yang buat aku gembira, bila aku dapat kebebasan tentukan apa yang aku mahu dalam hidup.

Itu bahagia.

5. Semua rasa bahagia seperti ini kekal sangat lama. Lebih banyak aku buat, lebih bahagia aku rasa. Ia lebih dari seutas jam Rolex, atau kereta Ferrari.

Bahagia itu nilai tidak sama tara dengan sebanyak mana duit yang ada. Kalau kau pernah merasa susah, kau pasti tahu nikmat memberi.

Ramai saja orang ada banyak duit, tapi hidup tidak bahagia. Bahagia itu apa yang kita rasa, bukan apa yang kita ada.

Yang beri bahagia ini kerja Tuhan. Kita buat kerja kita, duit itu datang kemudian.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Membawa khabar gembira
Glasgow, Scotland

Nota: Sharekan sahaja jika bermanfaat. Tidak perlu mohon kebenaran. Klik butang Follow FB Irwan Dahnil untuk ikuti catatan kembara aku di luar negara.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply