You are currently viewing Catatan Kembara #260 : Bila Pembekal Tenaga Bukan Monopoli

Catatan Kembara #260 : Bila Pembekal Tenaga Bukan Monopoli

Bulan Mac tahun lepas, bill energy aku terima lebih £800.

Aku urut-urut dada. Sesak. Kepala ligat dok fikir kenapa bill boleh naik tinggi macam itu. Sedangkan penggunaan biasa, mungkin hanya sedikit tinggi musim winter. 

Bill cycle secara quarterly. Tapi setakat guna heater, boiler dan alat elektrik biasa, bill sebulan tidak pernah mencecah lebih £160 sebulan. Secara average sebulan pun sekitar £100 sahaja. Tapi kali ini lain macam punya tinggi.

Bill kali itu aku bayar juga dengan penuh ketar. Jumlah bill macam tiket balik KL-Glasgow untuk dua orang weh.

Selepas itu aku tukar pembekal. Setel. Kini caj billcuma fixed £102 sebulan. Aku suka juga tengok macam mana sistem energy dibekalkan di rumah-rumah di UK.

1. Ada banyak pembekal dan setiap satu berlumba-lumba memberi rate terbaik dan harga yang rendah. Berapa ramai pembekal? Setahu aku ada berbelas pembekal. Dan tidak monopoli. 

2. Energy biasanya ada 2, elektrik dan gas. Boleh pilih satu pembekal untuk kedua-dua energy, atau pembekal yang berbeza untuk setiap energy. Pilihan masing-masing. 

3. Bagi rumah yang banyak gunakan elektrik, pilihlah pembekal elektrik yang murah (yang biasanya rate gas nya lebih tinggi). Begitulah sebaliknya, kalau rasa mahu pakai gas banyak, cari pula pembekal yang beri rate lebih rendah.

4. Sekarang ni dah ada smart device. Kita boleh tengok penggunaan harian, dan boleh tahu peralatan apa yang jadikan penggunaan tenaga tinggi. Kebanyakan bill pun boleh dikemaskini secara online. Tiap-tiap bulan boleh je follow detail penggunaan dan caj. 

5. Tiada wakil pembekal yang datang tolong check meter. Tanggungjawab tuan rumahlah untuk submit bacaan meter rumah masing-masing. Sendiri baca, sendiri declare.

6. Ya, kalau rasa nak menipu boleh je masukkan bacaan meter yang salah, tapi orang ada intergriti tidak buat begitu. Lagi pun, bila kita keluar rumah, final meter reading pun kita kena submitkan. Kita nak tipu siapa pun ye tak?

7. Part aku paling suka, takde orang datang nak potong energy kau bila alpa membayar. Paling pun mungkin kena penalti dan admin fee sedikit, tapi kau masih menikmati bekalan tenaga sentiasa. Hak asasi kot nak hidup selesa.

8. Kalau tak mampu bayar sekali pun mungkin sebab financial difficulty, kena buang kerja atau apa-apa masalah kewangan, boleh minta tolong dengan Citizen Bureau. Maybe dorang boleh adjust sini sana untuk memudahkan kehidupan rakyat biasa. 

Menjaga keperluan masyarakat ini kerja berintegriti manusia, kerja semua. Bukan satu orang sahaja, macam dia sorang sahaja tahu masalah satu negara.

Pengguna zaman sekarang tidak buta. Celik dan makin bijaksana. Kalau masih dengan perkhidmatan cara lama, orang pun akan jemu dan mua. 

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Pembekal kata aku hutang £1000. Gila apa!
Glasgow, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply