Kawan-kawan.
.
Sama ada mahu bercuti atau kembara, trip planning satu hal yang mengambil masa. Kita panggil research.
.
Prosesnya panjang. Kita kena tahu apa yang kita cari. Adakah kita cari adventure? Makanan? Budaya? Atau sekadar mahu sight-seeing, jalan berselfie sahaja.
.
Selepas itu, barulah kita dapat cari ikut masa dan bajet masing-masing. Berpeluh-peluh weh cari penginapan murah. Selesa tak, ada lift ke tak. Ada anjing ke tidak. Haha
.
Sehari 3-4 kali buka website cari flight atau tertunggu-tunggu promosi.
.
Kajian menunjukkan, seseorang akan mengalami ‘net lag’ atau ‘scroll fatigue’ ketika buat trip planning.
.
Penyakit moden. Ia sejenis kebosanan atau hilang minat sebab scroll keterlaluan yang berpanjangan untuk study tentang trip. Pandangan mata jadi kelabu lah juga.
.
Manakan tidak. Secara purata kita akan habiskan 8 jam untuk membuat kajian, tapi sebaik sahaja 40 minit, penyakit’scroll fatigue’ pun datang. Kepala pening, akhirnya tutup sahaja laptop atau berhenti melihat skrin.
.
Kita dibebankan dengan terlalu banyak pilihan. Jika kita habiskan 15 jam untuk buat tempahan, kita terpaksa mengadap 11 lagi pilihan yang berbeza. Banyak gila. 40% sanggup membayar lebih untuk mengelak dari stress membuat kajian.
.
Bila baca kajian itu, aku sengih sahaja. Ramai kita ingat nak bercuti untuk release stres. Tapi stress sebab mahu bercuti.
.
Ramai juga suka jadi follower je. “Kau bagitau je berapa kena bayar.” Dia follow sahaja katanya.
.
Tidak hairan kenapa masih ada orang tetap pilih agen pelancongan untuk uruskan semua keperluan travel. Malas mahu bebankan kepala dengan perkara yang membuang masa.
.
Jadi untuk #tourleaderohsem macam aku ni, kerja sebenarnya menyenangkan kerja orang. Kami buat kerja difficult, dirty dan dangerous yang kalian tidak mahu buat. Kalian stress free.
.
Selain itu, telinga kami juga kebal dengan tahan maki. Haha. Tiadalah. Tetamu aku semua baik-baik orangnya.
.
Tapi kadang-kadang berpada-pada jugalah minta harga. Janganlah tawar sangat orang yang memudahkan kerja kita. Kepakaran, pengalaman itu bukan datang dengan saja-saja.
.
Kalau kau masih ingat cerita tentang kapal rosak yang gagal untuk dibaiki oleh sesiapa sahaja. Ia banyak iktibar tentang menghargai ilmu dan kepakaran orang lain.
.
Aku tuliskan semula.
.
Pemilik kapal tersebut telah mengupah beberapa orang yang ‘expert’ untuk memperbaiki kapal tersebut, tapi masih juga gagal.
.
Hendak dijadikan cerita, pemilik kapal pun bersetuju untuk upah seorang lelaki tua. Dia telah mengabdikan dirinya dari muda dengan membaiki kapal-kapal. Otai.
.
Lelaki tua itu datang dengan bawa beg perkakasnya. Terus menuju ke enjin kapal tersebut untuk dibaiki. Dia memerhati dengan teliti dari atas enjin hingga ke bawah.
.
Pemilik kapal pula hanya memerhati dari belakang berharap. Lelaki tua itu kemudian capai tukul kecil dari beg perkakasnya, kemudian dengan perlahannya mengetuk salah satu bahagian enjin itu.
.
Enjin itu kembali hidup dan bergerak. Enjin itu berjaya dibaiki!
.
Seminggu kemudian, pemilik kapal itu menerima bil daripada lelaki tua itu.
.
RM10,000.
“Apa?!” Pemilik kapal itu kehairanan. “Dia langsung tak buat apa-apa!”
Lalu mereka hantar notis pada lelaki tua itu, “Tolong berikan maklumat terperinci lengkap mengenai bil tersebut.”
.
Lelaki tua itu balas kembali dengan maklumat lebih terperinci :
1. Mengetuk dengan Tukul : RM2.00
2. Tahu di mana tempat untuk diketuk : RM9,998
.
Travel ini mainannya pengalaman sahaja. Lebih berpengalaman, lebih mahal nilainya.
.
Tidak sama gaji seorang Kapten dengan First Officer yang bawa flight.
Tidak sama jadi seorang doktor biasa dengan specialist.
.
Ia makan masa dan usia. Tentunya dengan latihan dengan kos yang bukan sedikit.
.
Kalau mudah sangat, kenapa kau tidak buat sendiri sahaja ye dok? Aku pun selalu je bagi itinerary free. Follow sahaja, dan rasakan azabnya.
.
“Jika kamu tidak sanggup menahan lelahnya belajar maka kamu harus sanggup menahan peritnya kebodohan” – Imam Syafi’i.
.
Tiada jalan short-cut untuk berjaya.
.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Pembawa tukul kecil
Glasgow, Scotland