You are currently viewing Catatan Kembara #264 : Sesungguhnya Diam Lebih Baik Dari Bercakap Kosong.

Catatan Kembara #264 : Sesungguhnya Diam Lebih Baik Dari Bercakap Kosong.

Tour leading itu secara sambilan sahaja. Bawa orang berjalan tengok bumi Tuhan, belajar dari apa orang lihat dan rasa.

Tanpa aku sangka, rezeki Allah turunkan selama 5 tahun, hobi itulah yang menyara kami 5 beranak di UK.

Kecaman buat tour leading ni, sama seperti aku mula buat homestay di Glasgow, 4 tahun lalu.

Orang cakap² belakang bukan main lagi, kata aku desperate sangat. Panas juga telinga dengar sindiran orang.

Alhamdulillah. Kini BnB dan homestay tidak lagi asing buat orang di Glasgow. Yang cakap² tu pun akhirnya sama² buka akaun Airbnb.

Amajing laif.

Nantilah aku mula buka cerita tour leading satu demi satu. Ambil ibrah, pengajaran atau tauladan.

Sekarang rasa penat menjawab soalan panel belum habis. Sebab Dominic ni tinggi nau, aku nampak renek sikit dalam gambo padahal punyalah tall, dark and hencom.

Mahu rehat, but I’ll be back.

Irwan Dahnil
12.45pm
Permanent Head Damage
Glasgow Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply