Dilema Tidak Berniaga Kerana Modal

Assalamualaikum,

Hari ini saya ada terbaca berita di akhbar Utusan Online yang menyatakan bahawa Skim Usahawan Siswazah tidak mencapai sasarannya.

Yang ironinya, dalam ramai2 usahawan baru yang mengeluh nak dapat loan perniagaan, Skim Usahawan Siswazah ( SUS ) yang telah dilancarkan 10 tahun lalu hanya mengeluarkan RM3 juta sahaja dari RM100 juta wang yang telah diperuntukkan!

Takde orang apply ke?

Benar seperti apa yang diberitakan, ramai yang dah fed-up dengan urusan2 pinjam meminjam. Urusannya terlalu banyak dan mengambil masa. Apatah lagi SUS itu untuk siswazah, janganlah ingat siswazah2 ni ada experience untuk urusan2 birokrasi ni. Itu belum tentu lulus loan tu ! Masa terbuang hanya sebab sibuk naik turun pejabat nak mintak loan. Bisnes satu pun tak jalan lagi.
Akhirnya, ramai siswazah tak amik skim ni. Dah muak, jelak, bosan dengan urusan segala macam yang memeningkan kepala. Kesudahannya ada dua sahaja.

1. Terus memulakan perniagaan tanpa SUS

2. Batalkan hasrat untuk berniaga sebab tak dapat SUS

” Saya sendiri dah jelak dengan bentuk bantuan, loan dan sebagainya. Kalau setakat nak pinjam sikit2 tu, saya rasa kita banyak buang masa nak apply. Atau kalau loan tu tak seberapa dan tak urgent, barulah saya apply. Lulus atau ditolak, perkara kedua”

Tapi ramai yang berharap agar loan lulus dulu baru nak berniaga.

Maaf cakap tapi memang tak pernah senang nak lulus loan tu. Kursus perlu diikuti. Kadang kala sampai 3 – 6 bulan. Dokumentasi yang melambak. Untuk usahawan baru, dokumentasi tu sesuatu yang baru. Nak bank akaun 6 bulan, kadang2 untuk skim pinjaman lain nak penyata kewangan beraudit. Dan segala macam dokumentasi. Mana siswazah ada semua tu?

Siswazah ni ‘blank’, ‘blur’, fresh, tatau nak buat ape …. Jangan lah tanya benda2 yang sukar benar mereka nak sediakan.

Macam mana dilema ni nak berkesudahan ?

Tak de bantuan kerajaan, kita merungut kerajaan tak mesra rakyat. Bila dah ada bantuan, sikit punya susah nak dapat.

Adakah orang kita ni selalu sangat bergantung harap pada satu2 bantuan? Di fikiran tu dah ‘tersemat’, kalau takde loan, tak boleh nak berniaga. Atau sibuk sangat nak apply loan, sampai perniagaan pun tak jalan lagi.

Kalau macam tu lah mentaliti, saya rasa tak sesuai langsung nak jadi usahawan 🙂

Selagi mentaliti kita tak dapat setkan bahawa bantuan tu adalah ketika kita memerlukan , apabila kita dah memulakan perniagaan, selagi itulah loan itu susah sangat nak dapat.

Kene set kan di minda kita, bahawa perniagaan perlu jalan dahulu (tak kisah sama ada perniagaan tersebut bukan perniagaan yang kita ingin buat) kemudian baru di sokongan dan disusuli dengan usaha mendapatkan bantuan kewangan.

Cuba lihat macam mana orang lain senang je nak dapat bantuan kewangan :

Senario 1:

Pencipta Google menjalankan kajian terhadap enjin carian (tanpa fikirkan ingin mendapatkan bantuan kewangan). Bila dah sampai satu stage, baru datang investor.

* Buat apa yang kita suka dulu. Kalau orang suka, barulah bantuan kewangan akan diperolehi.

Senario 2 :

Ali menjalankan perniagaan cyber cafe. Dengan ada siber kafe tu, dapatlah tanggung makan minum. Dalam masa yang sama, Ali sediakan kertas kerja dan juga memastikan beliau layak untuk apply loan. Selepas 6 bulan berniaga cyber cafe, Ali apply loan untuk buka kedai komputer.

* Buat perniagaan untuk lepas makan, untuk hidup dulu. Tanpa pinjaman pun, makan minum tak miss, perniagaan pun tak cacat. Jangan sampai miss soruuu..

Senario 3 :

Sufiya telah menjalankan perniagaan trading selama 3 tahun tanpa bantuan pinjaman. Sufiya selalu membelanjakan wang untuk tujuan pemasaran dan promosi (buat banner, brochure, flyer, iklan). Tanpa terlalu mengharapkan bantuan kewangan diluluskan, Sufiya tetap memohon grant atau pinjaman untuk memajukan perniagaan.

* Teruskan berniaga macam biasa. Kalau ada rezeki, applylah dan dapat bantuan pinjaman. Kalau tak dapat bantuan, business tetap jalan 

Kalau anda berharap 100%, selagi itulah anda akan terasa betapa peritnya berniaga. Anda tidak mungkin percaya apabila saya katakan bahawa loan itu datang dengan mudahnya apabila anda tidak benar2 memerlukannya

Aneh bukan ?

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply