Aku sedang struggling siapkan kerja di Malaysia sebelum balik UK. Ada lagi interview yang perlu dikejar. Report perlu email pagi ini, data perlu dikemaskini dan capaian ke server cloud untuk backup.
.
Aku bukan mengeluh. Tapi aku penat tunggu sejak 3 jam yang lalu. Internet yang macam siput. Terenot-enot. 2 balang kuih raya aku termakan sambil menunggu.
.
Aku teringat internet rumah kat Glasgow. £17 sebulan dengan kelajuan purata 13Mbps. Bukan fiber pun, tapi unlimited usage. Kuota? The past.
.
Aku berterima kasih dengan perkhidmatan begitu. Bagaimana internet ubah cara kehidupan disini.
.
Berapa ramai orang Malaysia dapat mengubat kerinduan berpanggilan video melihat wajah ibu dari jauh? Percuma. Dulu tahun 1996, kakak aku dari Sheffield cuma utus surat sahaja.
.
Aku pun dah jarang pakai telefon bila Whatsapp pun sudah boleh diguna. Beli kredit £5 sebulan tidak habis. Aku tidak melanggan kabel TV. Mahal oi. Beli device, tonton secara streaming. Percuma. Hujan pun siaran steady, tidak terganggu.
.
Anak aku buat game programming tanpa lagging sebagai homework dari sekolah. Buat vlog dalam bas sebab bas pun bagi wifi free.
.
Korea dulu memang ‘sayur’ dengan Malaysia. Tapi sekarang berdesup internet, medium penting melonjak ekonomi dari industri hiburan. Kalau tidak, mungkin kau tidak dapat kenal K-Pop.
.
Dengan internet laju macam-macam boleh buat. Kita cipta ekonomi baru. Bukan takat layan Youtube aje.
.
Internet ini bukan lagi pilihan. Ia utiliti asas masyarakat. Sama seperti api dan air. Kehidupan manusia bergantung kepadanya.
.
Dan bukan sekadar setakat ada, tapi kelajuan pun mesti power.
.
Tidak perlu kita mengaduh macam aku cari gaduh. Kawan aku kata, welcome home. Pasrah.
.
Malaysia, you dont know what are you losing. Tapi aku tau kau akan lebih baik dari dulu.
Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Siput : Elok pada kuih, bukan pada internet
Bangi, Selangor