You are currently viewing Itinerary 7 Hari 5 Malam ke Kazakhstan. Very Nice!

Itinerary 7 Hari 5 Malam ke Kazakhstan. Very Nice!

Hari ni aku nak share kan sedikit panduan macam mana nak buat trip ke Almaty, Kazakhstan. Lebih-lebih lagi yang dapat tiket flight Airasia murah tu kan, boleh guna itinerary 7 hari ni.

Hari 1

Berlepas dari Kuala Lumpur 12.50pm. Ketibaan di Almaty. Boleh naik private chartered transport atau e-hailing untuk bawa terus ke penginapan.

Please remember, kat sini banyak merchant terima hanya local kredit card (4 pin), termasuklah hotel. Jadi confirmkan dulu dengan bank di Malaysia. Bayar hotel siap-siap dari Malaysia.

Kalau tiada kad, bererti kena bawa cash. Kazakshtan menggunakan matawang ‘Tenge’. Cari dalam Malaysia, aku tak sure kat mana boleh tukar. Sebaiknya bawa USD atau GBP dan tukarkan nanti di bandar Almaty.

Hari 2

Big Lake Almaty & City Tour. Tasik cantik di Ile-Alatau National Park.Tasik ini terletak berdekatan dengan sempadan Kyrgyzstan. Tasik yang berwarna turqoise memang surreal. Lebih kurang sejam dari bandar Almaty, habiskan masa sekitar 2 jam. Nak ke sini, boleh chartered atau naik teksi sekitar RM100.

Untuk elakkan masalah untuk cari teksi untuk balik, korang bayar lebih sikit, pastikan korang suruh driver teksi tu tunggu korang untuk habiskan masa disitu.

Kemudian berjalan santai ke Zenkov’s Cathedral & Panfilov Park dan seterusnya ke Botanical Garden dan Republic Square. Bandar Almaty ni aku rasa sangat best sebab ada mixture modern dan, bangunan warisan dan budaya kesan peninggalan era Russia dahulu.

Hari 3

Tak sah la kalau tak pergi mendekati bangsa Kazakhstan sendiri ye tak? Hari ini pergi ke perkampungan ethnik adn berpeluang mengenali kehidupan bangsa nomad dengan lebih dekat dengan tradisi penginapan mereka di yurt.

Selain dari memasak, hari ini ada pertunjukan kuda Dzhigitovka dan tarian tradisi Kara Zhorga. Juga berpeluang untuk merasai sendiri makanan tradisi orang Kazakhstan.

Kalau korang nak real dan nature, korang boleh tambah beberapa hari lagi ke kawasan perkampungan sempadan ke Kyrsgyzstan. Boleh berkuda kalau tulang kuat dan juga bermalam di yurt yang sejuk kalau tiada heater.

Hari 4

Kita mesti nak cari snow kan? Di Kazakhstan, snow melimpah pada musimnya. Hari ini pergilah ke Symbulak Ski Resort. Ia merupakan resort ski terbesar di Central Asia. Ia terletak di Lembah Medeu berketinggian 2,200 meter dari aras laut. Ada cable car akan membawa ke atas dengan pelbagai aktiviti musim sejuk.

Kalau rasa tak nak main snow, boleh pergi ke Kolsay Lake. Lawa weh tasik ni, nampak batang kayu berceracak. Tasik yang dikenali sebagai “Pearls of Tien Shan” oleh penduduk tempatan.

Tasik ini terhasil kesan daripada tanah runtuh akibat pergerakan plat tektonik sekitar tahun 1887 dan seterusnya membentuk 3 buah tasik iaitu Lower Kolsay, Middle Kolsay & Upper Kolsay.

.

Hari 5

Pernah tengok canyon tak? Bukan crayon yea. Ngarai. Jurang besar.

Canyon ini terhasil daripada hakisan angin & air. Macam di Grand Canyon di US, tapi lebih kecil. Charyn Canyon terbentang 154 km di sepanjang Sungai Charyn, salah satu daripada sungai yang paling dalam dari pergunungan Tien Shan Utara. Charyn Canyon terdiri daripada 5 canyons: the Valley of Castles, the Temirlik Canyon, the Yellow Canyon, the Red Canyon and the Bestamak Canyon.

Hari 6

Balik jangan lupa beli cenderahati. So boleh pergi area Green Bazaar. Sejak pembukaannya pada 1875, Green Bazaar menjadi pusat perniagaan utama yang menjual pelbagai barangan dari keperluan harian sehinggalah ke cenderahati.

Pergi ke Chocolate Factory untuk merasai kesedapan coklat tempatan Kazakhstan, murah-murah. Sebelum terbang balik, makan dinner dahulu.

Hari 7

Insyallah kalau flight tak delay, ketibaan Kuala Lumpur pada hari ini. Semoga semua bawa kenangan manis, dan coklat sekeping dua untuk aku.

Gendang gendut tali kecapi.

Kenyang perut, jadi gendut.

Cukuplah 7 hari. Nanti ada masa aku extend trip jadi 14 hari. Kat bawah ni aku share tarikh trip yang cantik untuk Almaty musim luruh tahun ini:

14/9/2024 – 20/9/2024 (School Holidays)
21/9/2024 – 27/9/2024
8/10/2024 – 14/10/2024

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Mighty Almaty
Kazakhstan

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply