You are currently viewing Cerita Giant’s Causeway, North Ireland

Cerita Giant’s Causeway, North Ireland

Lagenda kata, ia adalah rumah gergasi Northern Ireland bernama Finn MacCool.

Bila diancam oleh Benandonner, gergasi dari Scotland, maka Finn melawan.

Cecepat Finn koyakkan sebahagian tanah derah Antrim dan campakkan ke laut hingga jadinya rekahan batu di Giant’s Causeway.

Kerana Benandonner saiz badan lebih besar, Finn jadi takut dan lari ke Ireland.

Bila Benandonner sampai sahaja, isteri Finn pun twist story cakap yang sebenarnya Finn tu anak gergasi.

Benandonner terkejut yakmat. Saiz anak gergasi pun dah besar, apatah lagi saiz bapak gergasi! Mencicit la dia lari balik ke Scotland, tak berani jejak kaki lagi ke pulau Ireland.

Begitulah hebat wanita ni kawan-kawan. Tangannya bukan hanya boleh goncang buaian, tapi gergasi pun boleh terpelanting ketakutan.

Kalau datang Northern Ireland, memang tidak cukup rukun orang kata kalau tak datang ke Giant’s Causeway. Ia tapak warisan UNESCO dan menarik hampir sejuta pelancong setiap tahun

Bayaran masuk untuk The Experience adalah £9 termasuklah pusat lawatan dan bus shuttle, tetapi ia tidaklah wajib.

Parking sahaja kereta di dua tempat yang disediakan, £5 sekali masuk, kita boleh menapak jalan kaki beberapa kilometer ke pesisir laut.

Acah-acah gergasi.

.

Catatan kembara

Irwan Dahnil
Giant’s Causeway
Northern Ireland

Nota bucu : Saya menulis tentang kembara dan bercerita tentang destinasi dunia. Thank you for following Irwan Dahnil

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply