Cliff of Moher ini salah satu tempat wajib pergi bila ke Ireland. Salah satu tapak UNESCO, ia menarik lebih sejuta pelancong luar sepanjang tahun.
Tapaknya sangat luas, kalau nak berjalan kaki memang patah kaki. Tapi seluas mata memandang, luas lagi lautan Atlantik yang terbentang di depan tebing tinggi ini.
Cliff of Moher adalah tebing laut setinggi 702 kaki dari arat laut dan terhampar sepanjang 14 kilometer berada dalam Burren and Cliffs of Moher Geopark, ia diangkat sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Cliff of Moher menjadi lambang ikonik laluan Wild Atlantic Way sejauh lebih 2,400 kilometer.
Nak bagitau, ia sangat besar dan luas, trip seminggu dua pun tak habis-habis nanti.
Macam mana nak datang? Naik kereta atau bas. Kalau datang dari Dublin, jauh juga sekitar 3 jam perjalanan sejauh lebih 250 kilometer. Dari Cork pula sekitar 2 jam setengah.
Sebaiknya menginap di bandar terhampir seperti Galway, atau perkampungan disekitar Burren Geopark. Eniwei, Cliff of Moher bukan satu-satunya tarikan di sini. Ada banyak lagi. Tapi itu cerita lain la.
Parking kereta percuma, tetapi tiket masuk adalah EUR12 (sekitar RM65). Berjalan kaki terus sahaja ke esplanade utama.
Selepas gerbang utama, ada barisan kedai disebelah kanan. Cantik sebab ia seolah dibina dan dikambus di dalam tanah. Macam rumah Hobbit konsepnya.
Di hadapannya ada visitor center ada ruang untuk kita belajar banyak perkara tentang tempat ini dari segi sejarah dan geologinya. Ada juga cafe untuk minum makan, dan juga tandas.
O’Brien’s Tower
Dari esplanade berjalanlah terus ke manara ini. Ia dibina pada tahun 1835, oleh Corneliues O’Brien. Geliga betul, dulu lagi dia sudah nampak potensi tempat ini jadi tarikan pelancong.
O’Brien melaungkan ketika itu, menara ini begitu penting, sehingga menarik orang datang ke tempat ini. ‘Strangers visiting the Magnificent Scenery of the neighbourhood.’
Akibat kompang yang bertalu-talu, akhirnya menara ini menjadi Visitor Center yang pertama di Ireland!.
Bagi aku itu satu inspirasi, bagaimana tempat yang tidak dikenali, tersorok hujung pulau, berjaya dicanangkan sehingga menjadi tarikan jutaan manusia setiap tahun.
Dulu-dulu mana ada social media, IG, selfie dan kuasa viral.
Eniwei, menara ini menawarkan pemandangan spektakular seluruh tebing yang bersatu dengan laut. Ketika cuaca yang panas, ada matahari dan cuaca sedap, di hujung laut kelihatan horizon langit yang dihiasi awan putih.
Damai.
Tetapi, ada masa cuaca ni hormon tak stabil, berangin dan beremosi sehingga ada kejadian seorang pelancong sibuk berselfie terpelanting jatuh ke bawah. Kejadian 2019, kematian di tebing ini sesungguhnya benar.
Seperti aku kata tadi, tapak pelancong disini sangat besar, boleh sahaja sehari kita habis kerana berjalan di sekitar tebing itu. Pastikan kamera cukup bateri, kerana tidak cukup hanya bergambar hanya sekali.
Nota bucu : Aku menulis pengalaman kembara dan kehidupan luar negara. Follow me Irwan Dahnil
.