Bila Airasia perkenalkan direct flight ke Almaty minggu lepas, aku tidak hairan. Ia pilihan yang tepat.
Bekas ibukota Kazakhstan ini berlatarkan banjaran pergunungan Tian Shan yang mengagumkan.
Sudah ada gunung, tentu ada jurang dan sungai. Ini tempat-tempat yang kita boleh rasai keindahan sebenar bandar pasca Soviet ini..
1.Big Almaty Lake, Ile-Alatau National Park
Tasik Big Almaty ialah takungan alpine semula jadi, dengan pergunungan Alatau menjadi latarbelakang yang menakjubkan.
Warna tasik bertukar warna biru sepanjang tahun, dengan September dan Oktober adalah masa terbaik untuk mendapat biasanair biru yang paling terang.
Kat sini tak boleh berenang ya. Ia salah satu sumber minuman utama bagi penduduk Almaty, jangan pula dicemari dengan membasuh baju pula.
Sudah beberapa lama, laluan masuk ke dalam di tutup, tetapi ramai sahaja yang bersungguh masuk.
2. Charyn Canyon, Charyn National Park
Charyn Canyon di Taman Negara Charyn adalah salah satu pembentukan batu semula jadi yang paling mengagumkan.
Mendapat julukan ‘adik’ Grand Canyon di USA, ia tapak yang mengagumkan ini terbentuk daripada batuan merah sehingga 12 juta tahun dahulu.
Salah satu tempat terbaik untuk melihat jurang ini adalah dari bawah di ‘Valley of Castles’, di mana kita boleh lihat ke atas dinding gaung yang mengagumkan yang menjulang tinggi di atas.
3. Kolsay Lakes and Lake Kaindy
Tersembunyi di antara pergunungan Tian Shan adalah tiga tasik glasier sangat buat jawdrop . Ia dikelilingi oleh hutan dan bunga liar. Disini jugalah Tasik Kaindy, boleh dikatakan tempat paling indah di Kazakhstan.
Tasik ini mempunyai aura, terbentuk pada tahun 1911 apabila tanah runtuh yang besar menghalang gaung dan mencipta seolah takungan. Nampak tak batang pokok tua yang timbul dari air zamrud. Sangat unik.
4. Singing Sand Dunes
Terletak 260km di utara Almaty, gabungan pemandangan luar biasa gunung, padang rumput dan padang pasir. Saiz bukit pasir yang besar dianggarkan 150 meter tinggi dan 3 kilometer panjang..
Dipanggil Singing Sand Dunes kerada dalam keadaan berangin dan kering,,pasir yang bergerak menghasilkan bunyi gemuruh yang rendah, seolah-olah bunyi organ atau enjin jet.
Fenomena bunyi semula jadi ini boleh mencapai 105 desibel dan kedengaran sehingga beberapa kilometer jauhnya.
5. Pergunungan Aktau
Asal usul landskap berwarna-warni yang luar biasa ini berkait dengan peningkatan kawasan tanah pada zaman Cretaceous dahulu.
Lawa pergunungan pelangi memaparkan lapisan merah, merah jambu, hijau dan biru, yang kebanyakannya terbentuk daripada tanah liat dan batu kapur. Tulang dinosaur pernah dijumpai sebelum ini.
Nanti esok aku share lagi tentang pengalaman aku kat Kazakstan. Trip tahun ini pada September dan Oktober sahaja.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Admiring Almaty