Aku pun baru sedar aku jarang menulis tentang Scotland. Mungkin sebab aku stay kat sini, jadi aku terlupa sebenarnya Scotland pun ada banyak tempat yang aku boleh ceritakan. Yang dulu aku ada menulis tentang pengalaman memetik strawberry kat Perthshire.
Kali ni aku nak menulis tentang pengalaman aku jalan-jalan pulak. Biasanya aku tulis tentang kandungan yang berat, sarat dengan maklumat. Hari ini aku malas, aku cuma nak cerita tentang aku jalan bawak anak je. Lepas tu aku tempek gambar banyak-banyak. Aku jalan ni pun santai aje, bawak anak dan adik aku yang datang ke Scotland beberapa hari.
Ramai ingat bila sebut Loch je orang terus ingat raksasa dalam tasik tu. ‘Loch’ bererti dalam bahasa Scotland adalah tasik. So Loch Lomond adalah Tasik Lomond. Yang selalu orang konfius tu adalah Loch Ness yang ada raksasa Nessie. Loch Lomond ni adalah tasik kedua terbesar selepas Loch Ness. Tak de pula cerita lejen Nessie kat sini. Aku drive dari Glasgow ambil masa lebih kurang 40 minit melalui motorway, Erskine Bridge, Alexandria then sampai ke Balloch.
Tapi sebelum pergi aku dah sediakan la makanan dulu, nasi satu periuk, spagetti, telur, buah, air dan macam-macam lagi. Memang aku malas nak beli sebab nak pergi cari yang halal satu hal. Jadi aku plan memang nak buat macam ala piknik aje sebab Loch Lomond ni ada banyak (maybe semua!) tapak untuk piknik. Bentang je tikar, makan la sampai lebam. Takde orang nak marah. So jimat.
Sampai dalam jam 10 pagi. Masih sejuk beb. Sampai Balloch aku pun tak tau nak tuju ke mana. Aku parking kereta, then aku cari pejabat Visit Scotland. As usual, staf kat situ peramah dan tunjukkan tempat-tempat yang sesuai untuk aku pergi dengan anak-anak.




Sebenarnya Loch Lomond ni besar lebih kurang 39km panjang dan 8km lebar. Balloch ni kawasan tasik paling selatan dari banyak yang menarik di Loch Lomond. Seperti yang dicadangkan oleh staff tu, aku pun parking kereta di Loch Lomond Shores.

Parking is free. Loch Lomonds Shores ni adalah tempat beraktiviti yang paling sesuai untuk keluarga rasa berbanding spot lain.




Ada banyak tempat tarikan disini, seperti Bird of Prey dan Treezone. Bagi yang kaki shopping disini pun ada outlet seperti Jenners. Selain itu kedai makan juga banyak. Masa aku pergi ada festival jualan dan banyak outlet dibuka.



Perkhidmatan boat cruise juga boleh diambil dari sini. Tempat lain yang ada seperti Maid of the Loch dan Sea Life Aquarium. Kalau bawak anak, ada macam macam aktiviti untuk diorang seperti Pirate Play Zone.



Aku pula, ambil makanan bawa kat tepi tasik. Makan.. Makan.. Makan..

Kemudian aku layan anak-anak main canoe.


Aku boleh bagi 8/10 la untuk tempat ni. Khas untuk aktiviti keluarga dan untuk anak-anak. Jumlah duit hamgus pun tak banyak sebab makanan dah save. Cuma jika mahu beraktiviti kena bayar sikit lah.
Dah penat, aku balik rumah sekitar jam 4 petang. Jumpa lagi!
***************************************************************************************************************************
Klik Like dibawah.
Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE PAGE di bawah.
***************************************************************************************************************************
mcm best jer berkayak tuh….