Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
1. Alhamdulillah, semalam kita meraikan Kemerdekaan ke 51. Sedikit janggal dari tahun-tahun sebelumnya, kemerdekaan kita sambut dalam keadaan ekonomi yang menekan dan juga ketidaktentuan politik. Apapun, Selamat Hari Merdeka!
2. Hari ini pula bermulanya Ramadhan. Puasa tak ? 🙂 Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua tak kiralah anda ni IM ke, usahawan dari rumah ke, usahawan kecil ke, usahawan SMS ke… Semoga amal ibadat kita diterima.
3. Bulan puasa ini adalah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan keberkatan dan keampunan. Maka setiap amal yang kita kita lakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
#####################
5. Dalam kita menjalani ibadah puasa dalam bulan yang penuh rahmat, anda juga dari kita yang menjalankan perniagaan tidak jujur, bersifat berat sebelah, tidak memberikan perkhidmatan yang sepadan dengan harga.
6. Kita semua sepatutnya risau dengan fenomena dimana wujudkan teknologi SMS dan internet disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik dan menipu. Memang kita ketahui teknologi ini mampu ‘menyorokkan’ dalangnya dari ‘dicekup’ dengan mudah.
7. Bila kita lihat internet adalah bentuk perniagaan masa sekarang dan masa hadapan, kita secara terus-terusan juga perlu membanteras mereka yang mencalit lumpur kepada perniagaan kita. Sumbangan kita memberikan kesedaran kepada masyarakat dapat membantu mengelakkan dari lebih terjebak dengan penipuan atau bentuk scam ini.
8. Banyak yang kita boleh lakukan. Membuat pendedahan, menulis di blog, mengedarkan ebook secara percuma, mengeluarkan report dan pelbagai lagi.
#####################
9. Pada hari ini saya akan mengedarkan ebook percuma bertajuk SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu. Saya ingin sama-sama menyumbang bagi mengelakkan masyarakat terus terjebak dengan penipuan SMS. Anda boleh muat turun secara terus di link bawah. Jangan risau, ebook ini edaran PERCUMA. Tiada sebarang bayaran, bahkan email anda pun saya tak minta. Boleh muat turun secara terus.
10. Ebook ini saya garap dengan bantuan rujukan bersama En Salleh Esa. Ia menghuraikan beberapa fakta yang menarik untuk anda baca. Walau pun percuma tetapi saya percaya kandungannya memberi manfaat dan iktibar kepada pembaca. Antara kandungan yang menarik adalah:
– Mengetahui modus operandi penipuan SMS sama ada secara aktif atau pasif
– Menggunakan sistem SMS ‘yang tidak berdosa’ untuk tujuan penipuan
– Kaedah dan langkah2 penipuan si penipu
– Kes-kes yang melihatkan syarikat
11. Bukan itu sahaja, kami juga telah mendedahkan beberapa nama syarikat yang telah di ‘blacklist’ kan dalam perniagaan SMS. Ini mungkin akan mengundang kontroversi kepada kami, mungkin kami akan ‘diserang’, kami mungkin kene ‘sound’, tapi saya rasa yang hak tetap hak. Saya hanya menegakkan perkara yang betul. Yang lebih penting pembaca dapat mengambil iktibar dari kes-kes ini.
12. Satu lagi yang kami dapat selitkan adalah bagaimana untuk pembaca ingin menilai perniagaan SMS yang betul atau tidak. Juga tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya kita tertipu atau terjebak dengan penipuan SMS.
13. Kredit juga saya berikan kepada Nurulhayati @ Luvlee diatas design beliau. Sporting sungguh!
#####################
14. Saya harapkan anda akan mendapat manfaat dari ebook ini. Sekiranya anda rasakan kandungannya bermanfaat kepada ramai orang, edarkanlah ebook ini secara percuma kepada semua kenalan, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan juga seluruh umat.
15. Sengaja saya edarkan ebook ini pada 1 Ramadhan. Saya berharap ini akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada anda. Memang tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya saya mengambil sedikit inisiatif untuk mencelikkan masyarakat.
16. Kepada anda yang mengedarkan ebook ini, terima kasih saya ucapkan. Anda juga akan dapat ganjaran pahala kerana usaha anda untuk menyampaikan ilmu. Ini bulan puasa kan? Tentu ganjarannya lebih lagi. Aminnn!
Selamat Meneruskan Ibadah Puasa!