
Akhirnya Ramadhan datang lagi. Syukur saya kepada Ilahi kerana diberikan sekali lagi peluang untuk memperolehi keberkatan bulan yang mulia ini dengan meningkatkan amalan dan ibadah.
Bulan yang saya rasakan sentiasa tenang, dan mengikut pengalaman saya berniaga, pada bulan Ramadhan lah biasanya saya dapat membuat kata putus atas sesuatu perkara yang penting dan besar. Itulah yang saya nantikan.
Kepada semua, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bulan ini yang menjanjikan seribu keberkatan yang hanya hadir setahun sekali. Semoga setiap amalan kita mendapat balasan yang berkali ganda nilai yang baik. Insyallah
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Surah Al-Qasas, Ayat: 24).