You are currently viewing Kembara Andalusia, Sepanyol, Portugal dan Balkan

Kembara Andalusia, Sepanyol, Portugal dan Balkan

Mata mengantuk. 2 hari ini kerja asyik membeli tiket penerbangan. Yang penting, dapat menyiapkan travelog ke Eropah. Ini salah satu aktiviti Travel Buddy Project.

” Saya dapati kembara di Eropah lebih mengasyikkan dengan menaiki pelbagai pengangkutan awam.”

Dari satu bandar ke bandar ada pilihan menaiki pesawat domestik. Selain efisien dan selesai, kembara Eropah tidak seperti pakej pelancongan yang tipikal yang biasanya menaiki bas beramai-ramai. Tidak semua negara Eropah, tetapi Eropah Tengah memang bertepatan dengan konsep kembara saya.

Ada dua lagi route yang saya rancangkan untuk 2015. Ini melengkapkan kandungan travelog.

+ Paris – Swiss – Monaco – Marseille – Barcelona – Madrid – Porto – Lisbon – Seville – Cordoba dan Granada. 4 negara utama. Ada sejarah Islam juga disana. Jika jalannya lurus, mungkin lajak ke Casablanca dan Marrakesh, Morocco. Tentative tarikh antara 28/3/2015 hingga 10/4/2015. Anggaran kos sedang diusahakan murah cap kapal api.

+ Istanbul – Romania – Bulgaria – Hungary – Slovenia – Zagreb – Bosnia – Macedonia – Athens – Santorini. Ini kembara pertama ke negara Balkan yang terkenal dengan rumah batu putih di tepi laut biru. Dengarkan kos disana lebih murah tetapi mungkin tidak secekap Eropah Tengah. Trip yang sesuai pada bulan May atau awal June. Ini musim cuti Summer di Eropah. Kosnya mungkin sedikit the bomb.
Sesiapa yang mahu ikut, boleh. Tetapi sihat tubuh badan. Pengesahan awal.

Okay. Cukup dulu. Mata kembali mengantuk.. Yawnnn… Zzzzz.

Kredit foto dari Google, meh kita tengok foto Santorini. Drool…

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply