Salam Sejahtera,
Kepada mereka yang mengikuti tutorial ini, teruskan membaca. Dalam masa beberapa hari lagi saya akan memberikan ole-ole istimewa untuk anda.
Hari #2 – Buat Sesuatu Yang Anda Tahu
Andainya anda seorang yang biasa atau berpengalaman dalam sesuatu aliran maklumat atau aliran kerja sebagai contoh anda adalah seorang pengurus projek ICT, maka lebih mudah anda boleh lihat produk atau perkhidmatan SMS yang boleh didalam satu aliran kerja.
Sekiranya anda tidak mengetahui aliran maklumat, maka adalah sukar untuk anda mencadangkan perniagaan SMS yang sesuai. Walau bagaimanapun, kaedah paling mudah adalah dengan memahami aliran kerja kita sendiri, atau secara alternatif membuat kajian mengenai aliran kerja orang lain.
Kita andaikan bahawa saya telah mengambil masa 2 hari untuk memikirkan produk dan perkhidmatan. Maka saya masih mempunyai 12 hari untuk bertindak.
Bagaimana saya memilih perniagaan SMS saya?
Memandangkan saya mempunyai pengalaman kerja sebagai pengurus Projek ICT, saya mempunyai pemahaman aliran kerja yang mendalam terhadap sesuatu projek ICT. Saya cukup masak dengan elemen yang terlibat dalam sesuatu projek, seperti masa, budget, sumber dan dokumentasi.
Oleh itu, suatu sistem SMS yang berkaitan dengan projek mungkin saya boleh cadangkan kerana saya benar-benar faham dengan konsep dan aliran kerjanya.
Aha! Saya ada idea. Salah satu tanggungjawab yang paling besar ketika mengelolakan projek adalah pengurusan sumber manusia dimana saya perlu melakukan kordinasi antara pelanggan, ahli – ahli projek dan pengurusan. Sekiranya perlu, saya perlu membuat makluman sebarang perkembangan projek kepada mereka. Ini melibatkan kerja yang berulang-ulang seperti menghubungi mereka melalui telefon atau menghantar email. Apabila sesuatu makluman hendak disampaikan kepada mereka untuk tindakan segera, ini akan menyusahkan saya. Jadi saya memerlukan sesuatu kaedah yang fleksible, mudah dan efektif!
Saya bercadang untuk membuat suatu sistem hebahan menggunakan SMS dimana dengan hanya satu SMS, membolehkan saya menghantar hebahan makluman dalam masa yang cepat dan singkat kepada semua ahli kumpulan projek saya walau dimana saya berada! So, saya cadangkan nama sistem ini saya panggil SMSGrup (sengaja letakkan nama sistem yang agak kemelayuan)
Saya juga manusia biasa. Fikiran dah tepu. Apa yang dapat saya fikirkan adalah perkara lain selain dari produk dan perkhidmatan. Jadi, saya cuba2 buat logo untuk perkhidmatan saya ini. Nanti saya kongsikan logo yang telah saya buat..
Jumpa lagi