Memulakan Perniagaan SMS dalam 14 Hari – Siri #3

Salam Sejahtera,

Lebih 2 minggu saya tidak dapat teruskan siri tutorial ini. Seperti yang saya ceritakan, 2 minggu lalu merupakan minggu yang padat dan meletihkan. Saya tidak mahu posting saya mempunyai kualiti yang ‘ala kadar’ sahaja. Kepada sesiapa yang mengikuti siri tutorial ini, anda akan masuk ke hari ke 3……

Hari #3 – Imagination is Power

Dalam masa beberapa hari ini, saya perlukan sedikit masa berfikir mengenai perniagaan SMSGrup yang saya rancangkan. Mungkin saya boleh gambarkan bahawa SMSGrup ini adalah suatu model perniagaan dimana Pengurus Projek ICT boleh mencipta kumpulannya sendiri dan semua ahli2 kumpulan projek akan berdaftar dibawah kumpulan tersebut, apabila terdapat sebarang makluman atau pengumuman,

Inilah dipanggil sebagai ilustrasi minda. Lebih kurang macam berangan-angan.

Pengurus Projek hanya perlu menghantar SATU SMS sahaja dan kesemua ahli kumpulannya akan menerima mesej tersebut. Oleh itu, saya tidak perlu membuat panggilan telefon berkali-kali untuk mengumumkan perkara yang sama atau perlu berada dihadapan PC untuk menghantar email makluman. Sebagai Pengurus Projek, saya cuma menggunakan handphone untuk sebaran maklumat.

Kalau difikirkan lebih kreatif, SMSGrup ini bukan sahaja boleh digunakan oleh Pengurus Projek ICT sahaja, malah mungkin juga boleh digunakan oleh Pensyarah untuk membuat makluman kepada semua pelajarnya (tentunya pelajarnya adalah ramai ). Sebagai contoh, Pensyarah ingin membatalkan kelas pada hari tersebut, maka dengan satu SMS yang dihantar, maka semua pelajar akan mendapat hebahan tersebut.

Oh ya! Satu contoh realiti yang saya boleh kongsi disini.

Ketika konvesyen Rahsia Buat Duit Dengan Internet anjuran Saifulsham pada minggu yang lalu, pihak penganjur mengalami sedikit kesukaran untuk menyebarkan berita dan makluman kepada semua alumninya. Memandangkan konvensyen ini hanya dapat disahkan pada saat-saat akhir, maka email menjadi kurang efektif untuk penyebaran maklumat. Untuk menghantar SMS kepada semua alumni (kalau tidak silap saya seramai lebih 200 orang) tentunya membebankan dari segi kos.

Saya rasa, disini Saifulsham mungkin boleh cuba gunakan SMSGrup 🙂

Sampai berjumpa lagi.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply