Salam Sejahtera,
Masihkah anda ingin dengan Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS yang dilancarkan pada November 2006 ? Tahukah anda, sehingga hari ini, saya telah mengumpulkan sebanyak 217 soalan berkaitan dengan SMS, perniagaan dan pemasaran SMS dari pembaca ebook tersebut?
Soalan-soalan tersebut telah saya kumpulkan, saya kategorikan mengikut topik dan saya selesaikan mengikut keutamaan. Ada soalan saya boleh bantu, tetapi ada soalan yang tidak mampu saya jawab secara terus dimana memerlukan sedikit penyelesaian dan bukti.
Ya! Orang Malaysia perlukan bukti baru boleh percaya 🙂
Anyway, saya ingin senaraikan 5 soalan ditangga ke 10 hingga ke 6 yang paling popular yang ditanya oleh pelanggan ebook beserta jawapan untuk rujukan anda :
#10 : Berapa modal untuk memulakan perniagaan SMS ? Saya ada duit simpanan yang tak banyak. Takut tak cukup pula.
Modal sebenarnya bergantung kepada sesebuah perniagaan. Sebagai contoh, untuk memulakan perniagaan ringtone adalah berbeza dengan perniagaan seperti SMS Lelongan atau SMS Undian. Kaedah paling mudah untuk mengira kos perniagaan SMS adalah dengan mengambilkira kos-kos yang telah dibincangkan dalam ebook tersebut ( kos menyediakan kandungan, kos gateway etc)
#9 : Berapakah pulangan pendapatan perniagaan SMS ni? Macam best je
Soalan yang biasa ditanya dalam apa-apa perniagaan. Kalau saya tanya, berapakan pulangan pendapatan perniagaan internet anda, tentunya anda juga tidak boleh jawab secara tepat. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meletakkan unjuran jualan. Sekiranya, trafik SMS anda adalah xxx, maka pendapatan anda setelah ditolak caj telco adalah yyy. Kemudian pendapatan dibahagikan mengikut kadar peratus, maka dapatlah pendapatan zzz.
Tiada perniagaan yang boleh memberikan pendapatan tepat. Kita boleh membuat anggaran. Lagi pun perniagaan SMS bukanlah skim cepat kaya atau pelaburan internet 🙂
#8 : Bagaimana saya ingin bermula? Tak sabar-sabar rasanya nak cuba perniagaan SMS ni
Anda telah memulakan langkah bijak untuk memulakan perniagaan SMS dengan membaca ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Tanpa ilmu anda tidak akan ke mana-mana. Seterusnya, anda perlulah membuat sedikit belanjawan termasuklah anggaran jualan dan juga perbelanjaan. Kemuian hubungi SMS Gateway provider untuk mendapatkan khidmat mereka. Last sekali dan paling penting, buat promosi dan pemasaran yang agresif
Sayangnya ramai yang nak bermula dengan keinginan untuk mendapat wang segera terlebih dahulu. Tanpa perancangan, anda tidak akan bermula dengan sebaik-baiknya.
#7 : Saya dah faham, tapi saya tak faham banyak perkara…
Tentulah. Semakin banyak ilmu yang kita dapat, semakin banyak pula perkara yang kita tidak tahu. Semakin banyak yang kita tidak tahu, maka semakin banyak soalan yang kita perlu tanya. Jangan risau, buat satu persatu.
#6 : Apakah kos-kos lain yang perlu ditanggung
Sebenarnya tiada kos tersembunyi yang lain. Percaya atau tidak, perniagaan SMS adalah straight forward. Tapi kalau kos dikira dari segi masa, memang banyak juga masa yang akan ‘dilaburkan’. Lain-lain kos overhead seperti operasi dan pentadbiran adalah bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk menyusun perniagaan masing-masing.
Saya akan sambung dengan Part II pula nanti…