Salam Sejahtera,
Saya terpaksa mendaki selekoh-selekoh yang curam dalam perjalanan ke Cameron Highland. Ada urusan sedikit, dan insyallah akan kembali ke KL segera. Banyak urusan menanti saya di KL! Beberapa updates yang saya boleh share dengan anda.
Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS versi 1.3 released
Saya sempat membuat upgrade sedikit dengan ebook tersebut. Kepada pelanggan yang telah membeli ebook tersebut, boleh memuat turun ebook tersebut di Laman Eksklusif secara PERCUMA!
Much Awaited Book 2007
Sebenarnya dah hampir sebulan buku ini disiapkan. Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan kandungannya. Banyak bahan baru yang saya tambahkan dalam buku ini. Buku yang lebih straight forward untuk mereka yang mahu terus memulakan pemasaran SMS. Doakan segalanya berjalan lancar untuk projek saya kali ini. Nantikan di kedai-kedai buku!
Autoresponder Failure
Saya tidak dapat mengutusi anda dalam beberapa minggu ini kerana ada sedikit masalah dengan sistem autoresponder saya. Saya tidak berkesempatan untuk membuat update @ migrate data ke sistem yang baru. Maaf ya! Anda tetap dekat di hati….
Cukup untuk update kali ini, kita sambung lagi…
Untuk Projek SMSGrup saya sudah hampir 50% menjadi. Kita teruskan sedikit lagi…
Hari #7 – Gentlement, Start Your Engine !
Eh Belum lagi…Sebelum anda betul2 bersedia, jangan hidupkan enjin anda dahulu. Nanti rosak pula di tengah jalan.
Hari ini tugasannya lebih mudah. Saya akan cuba buat satu demonstrasi bagaimana SMSGrup berfungsi. Saya ambil contoh penggunaan SMSGrup untuk Project Team ICT saya.
Saya andaikan saya adalah moderator kepada SMSGrup saya, dan saya mempunyai 10 orang ahli dalam kumpulan saya. Saya berikan nama kumpulan saya sebagai TeamICT dan saya andaikan perkara-perkara berikut :
1. Saya akan menjadi moderator kepada TeamICT dimana semua maklumat dan progress projek akan dikelolakan oleh saya.
2. Semua ahli kumpulan saya akan mendaftarkan diri kepada sistem SMS ini
3. Apabila saya menghantar satu SMS, seluruh ahli kumpulan akan menerima SMS tersebut
4. Kalau saya ada 10 orang ahli, saya perlu membayar harga untuk 1 SMS sahaja. Saya juga mahukan penjimatan. Saya hanya mahu membayar harga satu SMS sahaja tetapi mesej tetap akan sampai kepada 10 orang ahli saya.
Saya perlu membuat andaian dan demontrasi untuk memudahkan saya membuat sesuatu keputusan. Lebih-lebih lagi selepas ini saya akan mula untuk mewujudkan infrastruktur SMS, sudah tentunya demontrasi yang saya lakukan ini akan dapat membantu saya menerangkan lebih lanjut apa yang saya inginkan.
Saya lebih suka berada dalam keadaan yang bersedia untuk berbincang dengan partner saya. Ini menjadikan hasil perbincangan saya lebih bermakna dan mengambil kira keperluan saya.
Ada cadangan lain?