Berguru… Ilmu lebih berkat..

Salam Sejahtera,

Kini genap 4 bulan saya memulakan aktiviti perniagaan internet saya. Bermula Ogos saya telah mula membina blog ini, melakukan lebih kajian dalam perniagaan internet dan tentunya saya menyusun semula langkah-langkah saya dalam memulakan sesuatu projek.

Sejak kejayaan saya mencatatkan jualan yang memberangsangkan dengan projek ebook pertama saya Rahsia Buat Duit Dengan SMS, ramai yang tertanya2 bagaimana saya boleh mengatasi pencapaian pemasaran yang setara dengan mereka yang lebih lama berkecimpung dalam perniagaan internet.
Kali ini saya terpaksa membuat ‘pendedahan’. Pendedahan yang sebenarnya, bagaimana saya lalui saat2 untuk membina perniagaan saya.

Tahukah saudara saya hanya memulakan perniagaan internet bermula bulan Jun 2006 yang lalu? Yaa! Belum sampai 6 bulan! Dalam masa 6 bulan tersebut, saya banyak melakukan pembacaan tentang internet marketing dan juga model2 perniagaan yang berkaitan. Langkah-langkah saya paling mudah:

1. Buat bacaan yang banyak
2. Buat blog + isikan kandungan blog mengikut niche pilihan
3. Cuba buat satu projek pemasaran internet – produk yang saya pilih adalah software.
4. Sertai forum dan komen blog usahawan lain
Semua dah kelihatan sempurna, tetapi masih ada yang belum cukup!

Tetapi apa sebenarnya ‘batu loncatan’ saya yang paling besar?

Ya! Saya akui saya adalah salah seorang protege Saifulsham, 2 orang usahawan internet muda (yang sangat muda). Saifulsham adalah portal keusahawanan internet yang saya rasakan mempunyai kelebihan dari segi strategi perniagaan internet dan antara yang terawal dalam mengasaskan internet marketing di Malaysia. Saya jadi ‘anak didik’ dengan menyertai seminar eksklusif SaifulSham pada bulan Julai lepas.

Mengapa saya pilih Saifulsham?
Sebenarnya, di luar sana ada macam2 pilihan seminar atau kursus perniagaan internet. Apa yang membezakan Saifulsham dengan yang lain adalah kerana Sabri dan Syazwan sendiri. Saya akui saya memerlukan close guidance, dan one-to-one coaching. Banyak maklumat yang saya dah tahu, tapi saya perlukan 2nd opinion atau expert view tentang sesuatu perkara. Saya perlukan coach yang dapat memberikan panduan langkah demi langkah. Saya bukan newbie dalam IT, jadi saya perlukan coach yang boleh ‘berbahasa’ seperti saya. Saya mahukan coach yang dapat reply pertanyaan saya sama ada melalui telefon atau email dalam masa yang singkat. Saya perlukan pandangan mentor yang pernah melalui kesusahan yang saya lalui.

Yang paling penting, coach yang dapat memahami aspirasi dan kehendak saya dan sama2 merasakan ‘keterujaan’ saya dalam menyelesaikan setiap tugasan saya sehingga ke hari pelancaran sesuatu projek.

Di situ lah saya rasa team Saifulsham tiada tandingan!

Tahukah anda untuk melancarkan projek Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS, saya dan Sabri telah berbalas email sebanyak 63 kali sejak 5 Oktober sehingga 10 November! Itu tidak termasuk 7 balasan email utk pra-pelancaran dan 14 email post-pelancaran. Dan dengan partner Saifulsham, saya telah berbalas email sebanyak 132 kali dalam masa 30 hari! Dan setiap satu email itu adalah panjang, padat dan penuh dengan maklumat!

Inilah yang saya mahukan dari seorang mentor!

Kalau anda mahukan layanan yang sama, saya syorkan Saifulsham! Sekiranya anda biasa dengan karenah internet marketeer di Malaysia, tidak ramai yang ‘rajin’ untuk membalas email anda! Tak percaya, cubalah! Mereka terlalu sibuk untuk anda. Tetapi ‘masa yang saya curi’ dari Saifulsham inilah yang saya rasa lebih berharga dari pelbagai seminar lain yang dianjurkan. Saifulsham memang concern dan ambil berat dengan perkembangan saya.

Walaupun saya masih baru dalam perniagaan internet, tetapi inilah nama yang akan saya kenang sampai bila-bila, nama yang berjaya menjadi ‘papan anjal’ untuk saya melompat lebih tinggi, Saifulsham!!

Memang betul kata orang ” Melabur untuk ilmu tidak rugi. Ilmu yang diamalkan ibarat pohon rendang yang berbuah ”

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply