Sudahkah Anda Menyemak Akaun Bank Anda?

Salam Sejahtera,

Saya baru sahaja tiba dari Kedah jam 6.30 pagi tadi. Letih dan saya perlukan sedikit rehat sekembalinya dari Majlis Konvokesyen. Haha! Saya dah secara sahnya memiliki segulung ijazah lagi! 🙂 Nanti kalau sempat saya akan letakkan beberapa keping gambar-gambar di sana.

Pengumuman #1 : irwandahnilAffiliates | Sila Periksa Akaun Bank Anda

Saya telah membuat pembayaran kepada affiliates yang ‘cargas’ pada minggu lalu 31/8 untuk bulan Ogos. Saya telah menghubungi beberapa orang affiliates untuk pembayaran tetapi masih gagal. Jadi saya harap, anda boleh mengemaskini akaun bank anda.
Pengumuman #2 : Workshop Pengendalian Perniagaan SMS

Destinasi akhir saya untuk projek SMSWang telah tiba. Dalam masa tidak sampai satu tahun, akhirnya saya selesai menyiapkan setiap satu projek mengikut kronologinya. Bermula dari ebook sehingga ke workshop, selesai satu persatu. Ketika saya bermula projek SMSWang, saya jangkakan akan selesai dalam masa satu tahun, tetapi rupanya alhamdulillah projek ini selesai lebih awal 2 bulan dari yang dijangkakan. Memang betul apa yang disampaikan oleh Dr Irfan Khairi, “Kalau matlamat kita bertulis, kita lebih mudah menilai dan mencapainya! “
Seminar vs Workshop ? Apa Bezanya ?

Tentulah banyak! Seminar mengambil masa satu hari, workshop pula setengah hari. Seminar saya mulakan dengan topik umum. Bengkel pula saya mulakan dengan lebih praktikal, tiada ceramah yang berjela-jela, sesi soal-jawab ’round table’ dan demonstrasi aplikasi.

AWAS! Workshop ini bukan untuk anda yang bukannya pelanggan SMSWang. Sekiranya anda tidak pernah membaca ebook, buku atau menyertai seminar yang saya anjurkan, workshop ini bukan untuk anda. Kepada anda yang berminat, seminar pertama ini akan diadakan pada hari Sabtu ini, jam 8.30 am bertempat di Tingkat 2, Medan Mara, Kuala Lumpur.

Tawaran Istimewa Bulan September ! Buy 1 Get Free 1 Seat

Yuran Penyertaaan sangat minima, RM88 sahaja. Anda boleh membawa seorang rakan anda untuk menyertai workshop ini secara PERCUMA. Apapun, 15 kerusi telah dipenuhi, cepat rebut peluang ini! Makluman lanjut boleh didapati disini.

Projek Terakhir? Selepas ini ke mana ?

Saya akan ‘rehatkan’ SMSWang disini. Dalam masa 3 bulan menjelang tahun baru, saya akan repackagekan semula bahan-bahan dalam SMSWang. Wajah baru, produk yang lebih berkualiti, harga baru (ehem.. cecepat la ambil kesempatan ketika harga murah ni), dan yang paling penting saya mempunyai masa yang lebih untuk berfikir. Mungkin juga dalam proses menyiapkan buku kedua barangkali 🙂

Yang paling penting, dalam masa ini saya ingin kembali fokus kepada beberapa perniagaan SMS yang sedang saya laksanakan. Insyallah, saya akan kembali aktif dalam industri dalam sedikit masa lagi.
Irwan Dahnil Business Buddy Project

Dalam jangka masa ini saya juga sedang fokus membantu alumni seminar saya untuk memulakan perniagaan SMS masing-masing. Kepada alumni, tentu anda faham bila saya sebutkan tentang Business Buddy Project kan ? Akan saya kongsikan dengan anda mengenai projek ini tidak lama lagi.

Oh lupa! Seorang peserta alumni sedang giat mempromosikan perniagaan SMSnya bahkan beliau telah menerima lebih 700 pelanggan dalam masa 2 hari promosi! Siapa dia? Tunggu…

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply