” Ada apa dengan nama ?”
Frasa yang selalu kita dengar apabila seseorang bercakap mengenai soal memilih nama. Ibnu Qayyum mengakui sebuah pepatah Arab ada menyebut :
“Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian dari namanya”
Ini menunjukkan bahawa memberikan nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang.
Bagi internet marketing memilih nama domain menjadi satu perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian. Jutawan internet Malaysia yang popular, Irfan Khairi antaranya menggariskan bahawa :
” Nama domain itu mestilah menggambarkan produk atau perkhidmatan yang digabungkan dengan ciri-ciri unik. “
Contohnya, GreenGolf.com, SeriWajah.com, UnggulReka.com. Selain memberi kesan kepada laman web, pemberian nama domain juga sedikit sebanyak mempengaruhi psikologi pembeli.
Tetapi bagaimana untuk memilih nama domain atau nama perniagaan yang baik, membawa erti dan agak ‘classy’ ?
Mungkin ramai yang masih belum tahu penggunaan thesaurus. Wikipedia menafsirkan thesaurus sebagai kamus yang memberikan kata nama yang mempunyai sama erti. Sebagai contoh, cantik bersamaan dengan lawa atau tinggi bersamaan dengan lampai.
Terdapat satu tips mudah bagaimana menamakan sesebuah perniagaan. Melalui teori saya, ia adalah :
“Satu proses yang mudah dimana anda menggabungkan jenis dengan ciri-ciri perniagaan“
Contohnya, perniagaan spa yang mempunyai ciri-ciri mendamaikan boleh menggunakan nama seperti DamaiSpa. Contoh satu lagi adalah kedai dobi yang mempunyai perkhidmatan yang pantas, mungkin CepatDobi.
Kalau DamaiSpa dan CepatDobi agak kekampungan, bagaimana kalau saya gantikan DamaiSpa menjadi TranquileSpa, CepatDobi menjadi DashDobi ?!! Lebih classy kan ?
Satu formula mudah untuk menjadikan nama tersebut lebih global adalah dengan menggunakan thesaurus perkataan Bahasa Inggeris. Nak translate damai akan menjadi Peace! Tak sedap pula bunyinya. Perlu nama yang lebih baik, tipsnya adalah dengan :
Layari www.thesaurus.com
Masukkan perkataan yang anda ingin gantikan. Dengan menggunakan thesaurus.com saya dapat menukar perkataan peace menjadi tranquile, fast pula menjadi dashing. TranquileSpa lebih kelihatan moden berbanding dengan DamaiSpa manakala CepatDobi ditukar menjadi DashDobi!
Kedengaran nama tersebut didalam kelas yang tersendiri bukan ?
Dengan formula tersebut, anda tidak perlu lagi runsing untuk memberikan nama untuk apa sahaja bentuk perniagaan. Pilih betul-betul sehingga sampai maksud perniagaan anda.
“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama ” Semoga nama perniagaan anda akan terus kekal sampai bila-bila.
Â