Mendapatkan Geran Kerajaan Untuk Portal Anda
Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Anda mencari tempat untuk mendapatkan sponsor atau geran nak membiayai blog, website atau portal anda ? Ini mungkin menjadi satu peluang kepada anda. Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak beri sedikit review mengenai Program Pengiklanan Usahawan anjuran MECD.Tapi tahun ni saya tak memborong seperti tahun lalu, jadi saya tidak berada terlalu lama di program tersebut, Tapi sempat jugalah habiskan
Minggu lepas saya sempat hadiri program tersebut. Kalau anda tidak tahu tentang program ini, rujuk pada post saya yang lepas. Secara mudahnya, anda boleh membeli slot pengiklanan akhbar, majalah, televisyen, radio dan internet dan 50% dari kos perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh kementerian (MECD).
Tahun ni agak berbeza dari tahun2 lepas. Program tahun ini dimata saya ada kelebihan :
1. Jumlah media yang terlibat juga bertambah. Bernama TV, Radio24, Radio IKIM yang saya nampak mula berada sebagai senarai media. Juga beberapa media baru lain seperti pengiklanan di bas juga tahun ni baru diperkenalkan. Apa yang menarik, 2 portal juga telah diberikan geran pengiklanan oleh MECD. TradeMall.com dan DagangHalal.com.
Sebelum ini belum pernah kerajaan beri geran kepada website atau portal untuk tujuan pengiklanan. Tetapi kali ini kerajaan dah jadi ‘celik’ sikit dengan potensi internet sebagai saluran pemasaran. Suatu perkembangan yang bagus.
Kalau anda ada portal atau website, atau direktori listing services, saya rasa mungkin anda boleh try minta jadi salah satu media kat MECD kot.. Huiii.. Buta2 je dapat duit dari kementerian… Tak nak cuba ?
2. Kalau tak silap saya, bayaran pendahuluan 10% dimansuhkan. Tidak seperti tahun lepas, setiap iklan yang kita nak beli, kene bayar deposit terus kepada media. Kalau tak jadi mengiklan deposit burn gitu je. Tapi kali ni takde deposit. Two thumbs up!
3. Pendaftaran untuk membeli iklan dilakukan secara online. Baguih… Tak payah nak kecoh2 beratur etc macam tahun lepas.. Dah makin cekap dah sekretariat MECD 🙂
Saya memang penyokong program2 yang menggalakan keusahawanan ni. So, inisiatif MECD ni memang bagus. Tapi ada juga benda yang tak berapa saya gemar untuk program pada tahun ni :
1. Mungkin nak save budget, ia diadakan di lobi MECD Putrajaya. Mungkin faktor jauh, macam lengang je booth kali ni. Tahun lepas di KLCC, memang meriah dan padat je…
2. Borang pendaftaran online memang tak up to web standard .. Ada ke patut dah isi borang tu tak boleh nak edit balik.. Tak dinamik langsung, takde interaktiviti. Kalau orang tak reti nak guna sistem, dah tentu permohonannya akan ditolak sebab salah isi borang.
3. Pakej2 yang ditawarkan lebih kurang sama je. Dan setiap media akan tawar pakej yang maksimum dengan harga. Kalau untuk iklan bercetak maksimum adalah RM15,000 maka mesti media akan tawarkan pakej yang maksimum.. So tiada kepelbagaian saluran iklan kalau dah hanya beli satu media.
Hanya pada mata kasar dan pengamatan saya sahaja. Kalau anda masih ada masa, hari ini hari terakhir. Boleh cuba apply sambil berkenal-kenalan dengan pihak sales dari media..
Jumpa lagi…