Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Semalam saya ada terbaca post Zamrinanyan di Wangcyber mengenai topik ‘Re-purpose Your Product’. Secara asasnya anda menggunakan produk anda yang sedia ada untuk mencipta produk yang baru.
Ketika saya memulakan projek untuk menulis ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS pada pertengahan 2006 dahulu, saya dalam keadaan yang ‘separuh matang’ tentang produk. Itulah pertama kali saya nak menulis dan pertama kali saya nak keluarkan produk sendiri dalam bentuk pembacaan. Heheh.. Ketika itu saya baru sahaja bermula untuk mengeluarkan produk-produk sendiri.
Tetapi mengapa saya memilih untuk menulis ? Mengapa saya tak buat produk lain ? Mengapa perlu ebook ?
Menjual Produk VCD
Rakan saya dulu memulakan produk sendiri dengan menerbitkan VCD Cara-Cara Memasang Komputer. Katakan ketika itu, dia sendiri tak pasti sama ada projek tersebut berjaya ke tidak.
Sehingga tahun 2007, rupa2nya produk2 VCD keluarannya telah terjual lebih dari 80,000 keping tuuuu…..
Walaupun produknya tidak seberapa tetapi itulah sesuatu yang boleh dibanggakan. Beliau pernah berkata “Kita mesti ada produk sendiri, barulah kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan industri kita “
Dulu saya tidak berapa mengerti dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya itu. Bukan tak faham, tapi ia tidak benar-benar memberikan kesan kepada saya. Sebab sebelum tu, saya dah buat macam2 produk, tapi ia tidak mengubah siapa saya dalam industri. Tetap susah nak duduk dan berdiri sama2 dengan pemain industri.
Jadi mengapa perlu ada produk sendiri ?
Total Control
Anda ada kedai runcit. Katakan antara barang yang anda jual adalah ubat gigi jenama XX. Lepas 2 minggu anda jual ubat gigi XX, pelanggan anda mula komplen sebab ubat gigi tersebut berbau busuk semacam. Apa yang boleh anda lakukan ?
~ Beri semula wang pelanggan ?
~ Boleh anda tukarkan rasa ubat gigi XX dengan rasa pudina sejati ?
~ Sanggup anda rekomen ubat gigi XX tersebut kepada pelanggan lain ?~ Boleh anda beri diskaun kepada pelanggan sebab ubat gigi XX tu tak sedap ?
~ Anda sanggup bagi free ubat gigi XX tu kepada orang lain ?
~ Anda rasa pelanggan akan datang lagi tak beli ubat gigi dari kedai anda ?
Kebanyakannya jawapan adalah TIDAK BOLEH! Kerana ubat gigi XX itu bukan anda yang reka. Bukan anda yang mencipta, meletakkan rasa dalam ubat gigi tersebut. Anda hanya sebagai penjual.
Apabila kita tidak mempunyai produk sendiri, kita akan hilang kawalan terhadap produk yang kita jual. Kita tak boleh buat adjustment untuk menambahbaikkan produk tersebut serta merta, kita tak boleh nak beri diskaun kepada orang lain sebab harganya telah ditetapkan.
Dengan hanya berniaga menjual produk orang lain, kita tidak berkuasa! Semua kene ikut telunjuk jari orang yang mencipta produk. Apakah hak anda untuk mengubah ciptaan orang lain ?
Kalau ada produk sendiri, suka hati kitalah nak buat apa dengan produk tersebut. Nak jual, nak bagi Master Reseller kepada orang, nak bagi percuma sebagai cenderahati, nak simpan, nak pajakkan, nak ubah dan sebagainya.
Pendek cerita, produk anda. Anda fikirlah la sendiri!
Produk Yang Gagal
Penulis buku ‘What Self Made Millionaires Really Think, Know and Do’ menyatakan bahawa 19/20 dari produk baru akan gagal. 95% kemungkinan produk anda yang anda cipta dan buat akan gagal!
Jadi sebenarnya bila kita buat produk, hanya 5% akan berjaya..Haha.. cabaran tu… Jangan ingat bila kita buat sesuatu kita akan terus berjaya..
Sebelum saya tulis ebook tersebut, saya memang tidak pernah jadikan penulisan sebagai satu produk. Jadi saya telah setkan bahawa 95% kemungkinan ebook tersebut akan gagal.
Saya hanya terlibat dengan penciptaan beberapa produk ICT sendiri sebelum itu seperti sistem2 web dan sebagainya. Dan kebanyakan produk ICT yang saya buat, GAGAL! Memang tak boleh nak lawan Microsoft dan juga gergasi ICT yang lain. Saya memang dah lali dengan produk2 yang gagal ni…
Tetapi tidak dengan ebook saya. Jangkaan saya jauh meleset. Ebook saya benar-benar MALATOP dan menjadi hot selling ebook tahun berikutnya!
Apa yang mendorong kejayaan ebook tersebut ?
Buat Produk vs Jual Produk
Ramai dari kita (termasuk saya dulu), mempunyai mind set yang salah.
“Bila ada produk ni, mesti laku sebab ada market.”
Kita menganggap bila kita ada produk, kita tentu boleh hidup senang sebab produk kita akan terjual dengan larisnya.
Tetapi bagaimana kalau satu pun tidak terjual ?
Kenapa tidak terjual ?
Produk Baik + Pemasaran salah = Projek Gajah Putih
Produk Tak Elok + Pemasaran Salah = Campak kat tong sampah. Buat yang baru
Produk Tak Elok + Pemasaran Betul = Aniaya Pelanggan
Produk Baik + Pemasaran Betul = Goreng Pisang Panas!
Maksudnya di situ, mencipta produk adalah sebahagian. Sebahagian lagi yang lebih penting adalah menjualnya. Mencipta produk dan menjual produk adalah 2 perkara yang berbeza. Salah satu silap, kejayaan juga terancam.
Produk ICT yang saya pernah ciptakan dulu, salah dari segi pemasaran, model perniagaan dan strategi businessnya.
Berbanding dengan ebook, konsep pemasarannya adalah tepat.
Kunci untuk menambah kejayaan produk anda adalah pemasaran.
Nantilah, dalam post2 akan datang kalau saya ingat saya letakkan beberapa tips untuk menghasilkan produk2 yang mampu menjual
**************************************
Seminar Kota Kinabalu & Sabah Retreat!
24 jam sebelum penerbangan ke Kota Kinabalu :
Alhamdulillah semua barang-barang, peralatan dan kelengkapan telah siap. Tinggal untuk dimasukkan ke kotak dan pembungkusan.
Jumlah peserta seminar tidak berapa ramai. Saya tak tau sama ada silap pada promosi. Tak pe lah. First time pengalaman dengan pasaran Sabah!
Excited sebab dapat bawak MRP bersama.
Kalau ada photo menarik saya akan updatekan dalam blog.
***************************************