Salam Sejahtera,
Setelah berhempas pulas, dengan masa yang terhad, alhamdulillah hari ini saya dapat membuka pendaftaran Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS. Seminar yang julung-julung kali akan diadakan pada 7 Julai bertempat di Hotel Residence, K.Lumpur. Pendaftaran dibuka mulai hari ini, dengan penyertaan terhad kepada 30 sahaja. 15 seat saya akan reservekan istimewa untuk pelanggan Super e-book (anda boleh gunakan kupon diskaun ebook untuk diskaun sebanyak 10% walau atas Pakej Early Bird.) Saya mohon maaf kepada pelanggan Super kerana saya mengambil masa lebih dari 6 bulan untuk persediaan seminar ini. Kesabaran anda amat-amat saya hargai, dan saya akan pastikan kandungan seminar ini membolehkan anda memulakan sesuatu straight away! Saya akan guide anda satu per satu, langkah demi langkah, dan saya percaya dengan pemilihan produk yang betul dan strategi pasaran yang mengena, anda boleh hasilkan perniagaan SMS anda dalam masa 7 hari sahaja!
Apa yang istimewa seminar ini? Tentunya sarat dengan informasi, tetapi yang paling penting dalam seminar inilah anda boleh bertanya 1001 soalan mengenai SMS. Tentunya banyak maklumat yang saya tidak boleh dedahkan dalam ebook atas sebab-sebab tertentu (siapa penyedia gateway paling bagus di Malaysia?). Di seminar, saya secara lisannya boleh bagitahu anda. Berapa kos untuk pengiklanan SMS anda di TV? Di seminar saya boleh bagitau anda. Berapa kos untuk aplikasi SMS Voting tu? Serendah RM500 anda boleh memiliki aplikasi voting seperti Akademi Fantasia tu..
Tidak lupa juga bonus-bonus istimewa yang mengejutkan anda menanti. Sekiranya daftar sekarang, saya dapat menjimat kos hotel dan memulangkan penjimatan tersebut kepada anda. Daftarlah sebelum 10 Jun 2007, dan dapatkan diskaun harga terendah yang ditawarkan.
p.s : Tahukah anda seminar ini memberi jaminan wang dikembalikan 100% ? Check it out..